[7 Disember 2024]
Misi ini merupakan jemputan khas daripada Ummi Ameera, Pengasas Duta Quran Indonesia, kepada Pn Lynnda Abbas, Pengasas PIKDM, untuk berkongsi pengalaman dalam kerja dakwah dan kemanusiaan yang telah menginspirasi penulisan buku Hipokrasi Ikhlas. Rasa terharu atas jemputan ini memandangkan penulis merupakan penulis baru yang sangat kerdil untuk diletakkan diposisi sebegini. Dari negara luar yang lebih menghargai tulisan ini. Penulis tidak menaruh harapan tinggi untuk hasilkan buku ini tidak lain hanyalah untuk memberi manfaat buat yang sudi membaca disamping membantu dana PIKDM.
Buku ini bukan sekadar himpunan cerita pendek dan puisi, tetapi juga mengandungi mesej mendalam tentang keikhlasan dalam perjuangan kebajikan dan dakwah.
𝑷𝑬𝑵𝑮𝑰𝑺𝑰𝑨𝑵 𝑴𝑰𝑺𝑰 & 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻𝑨𝑵
Sambutan Hangat di Pesantren
Sesi Bedah Buku Hipokrasi Ikhlas mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelajar dan guru di Pesantren Al-Rasyid Nambo.
100 naskah buku dibawa, di mana 50 naskah terjual pada hari acara, dan selebihnya dipromosikan di pesantren lain.
Buku Sebagai Medium Pengumpulan Dana
Buku ini dijual sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan dana untuk pengurusan PIKDM.
Ustazah Ummi Ameera menyarankan setiap pelajar dan guru memiliki senaskah kerana nilai ilmu dan pengalaman yang terkandung di dalamnya sangat memberi kesan kepadanya.
Beliau juga memainkan peranan besar dalam menterjemahkan mesej buku ini dengan sangat baik, memudahkan pemahaman dan meningkatkan impak isi kandungan kepada hadirin.
Pelajar Pesantren Menghargai Bahan Bacaan
Pelajar pesantren sudah terbiasa menyimpan wang khusus untuk membeli bahan bacaan, menunjukkan kecintaan mereka terhadap ilmu.
Mereka memberikan respons yang sangat positif terhadap isi buku, membuktikan bahawa penulisan yang baik mampu meninggalkan kesan yang mendalam.
𝑼𝑲𝑯𝑼𝑾𝑨𝑯 & 𝑯𝑨𝑹𝑨𝑷𝑨𝑵 𝑴𝑨𝑺𝑨 𝑫𝑬𝑷𝑨𝑵
Kerjasama antara PIKDM, Asar Humanity, dan Duta Quran Indonesia semakin erat walaupun baru terjalin dalam tempoh dua tahun.
Persaudaraan yang terjalin dalam misi dakwah dan kebajikan ini membuktikan bahawa perjuangan ini lebih daripada sekadar perkongsian ilmu—ia adalah jalinan ukhuwah yang berpanjangan.
𝑨𝑲𝑻𝑰𝑽𝑰𝑻𝑰 𝑺𝑬𝑰𝑹𝑰𝑵𝑮 𝑩𝑬𝑫𝑨𝑯 𝑩𝑼𝑲𝑼
7 Disember 2024 | Pesantren Al-Rasyid Nambo, Bogor
06.00 – 09.30 | Perjalanan ke Nambo
09.30 – 10.30 | Agihan Air Bersih (Water Tank
11.30 – 12.30 | Rehat & Makan Tengah Hari
13.30 – 14.30 | Bedah Buku Hipokrasi Ikhlas
14.30 – 15.30 | Agihan Beras di Kawasan Surau
Gabungan ilmu & kebajikan – menyebar manfaat sambil berinfak untuk ummah.
Jazakumullahhu khayran buat Pesantren Al Rasyid Nambo Bogor, Ustaz Heru Rasyid dan Ummi Ameerah atas layanan istimewa yang diberi sepanjang keberadaan kami disana. Barakallahufeekum.
===============
Setiap pembelian buku Hipokrasi Ikhlas bukan sekadar memiliki bahan bacaan yang bermakna, tetapi juga menyumbang kepada usaha kebajikan PIKDM.
“Dapatkan naskhah anda dan jadilah sebahagian daripada perjuangan ini!”
Semoga usaha ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai insan.
Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.































