Alhamdulillah, PIKDM telah menyalurkan tajaan Iftar Pek untuk Minggu 1 buat 300 pelajar dan komuniti di Kg Malalin Mads Pusat Pulau Jambongan Sabah.
Tajaan:
Ramadan 1/2Mac✅️
Ramadan 2/3 Mac✅️
Ramadan 3/4Mac✅️
Ramadan 4/5Mac✅️
Ramadan 5/6Mac✅️
Ramadan 6/7Mac✅️
Ramadan 7/8Mac✅️
𝗧𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝟭 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗸
𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗶𝘁𝗶: 𝟮𝟱𝟬-𝟯𝟮𝟬 𝗽𝗲𝗸
(𝗡𝗮𝘀𝗶 𝗹𝗮𝘂𝗸 𝗮𝘆𝗮𝗺, 𝘀𝗮𝘆𝘂𝗿, 𝗸𝘂𝗶𝗵-𝗺𝘂𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴)
𝗜𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗸: 𝗥𝗠𝟳
𝗞𝗼𝘀 𝘁𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶: 𝗥𝗠𝟮,𝟭𝟬𝟬
𝗞𝗼𝘀 𝘁𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻:𝗥𝗠𝟲𝟯,𝟬𝟬𝟬
Program ini bertujuan untuk memastikan mereka dapat menikmati juadah berbuka dengan meringankan beban keluarga, walau sederhana tetapi inilah permintaan anak anak di pulau ini..ayam merupakan makanan paling mahal dan digemari warga Pulau disini, menu ayam setiap hari tidak membuatkan mereka jemu..mungkin ada keluarga yang hanya menikmati lauk ayam saat begini sahaja. Majoriti penduduk adalah nelayan dan kategori asnaf.
Pulau Jambongan, yang masih bergelut dengan kekurangan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, amat memerlukan sokongan berterusan. Tajaan ini bukan sekadar makanan berbuka, tetapi juga satu bentuk kepedulian dan kasih sayang daripada para penyumbang yang ingin melihat generasi muda di sana terus mendapat pendidikan dan bimbingan agama yang sempurna.
PIKDM komited dalam menyokong madrasah-madrasah di kawasan pedalaman ini agar mereka terus berkembang dan memberi manfaat kepada komuniti setempat. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan yang besar kepada semua.
Infak Anda, Kebahagiaan Mereka!
Semoga setiap suapan menjadi bekal pahala buat kita di akhirat kelak.
Hanya RM7 Anda mampu meraih pahala sedekah berlipat ganda di bulan Ramadan penuh keberkatan ini
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025






















