Laporan Program Agihan Dapur Pek Ramadan Keratong 1, Pahang

Tarikh: Jumaat, 28 Mac 2025

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Agihan Dapur Pek Ramadan telah berjaya dilaksanakan di Keratong 1, Pahang pada hari Jumaat, 28 Mac 2025. Program ini diadakan dengan niat untuk menyantuni dan menyampaikan sedikit kelegaan kepada golongan yang memerlukan – iaitu asnaf, warga emas dan anak-anak yatim.

Sebanyak 20 pek bantuan dapur telah diagihkan kepada para penerima, dengan setiap pek mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, teh dan biskut. Nilai tajaan bagi setiap pek adalah RM50, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan sebanyak RM1,000.

Walaupun bantuan ini tidak seberapa, namun diharapkan ia dapat menceriakan sedikit suasana Ramadan buat mereka yang menerimanya. Senyuman dan ucapan terima kasih dari mereka menjadi penguat semangat untuk kami terus menyantuni masyarakat dengan penuh kasih dan empati.

Jazakumullahu khayran diucapkan kepada semua penyumbang yang budiman. Sumbangan kalian amat besar maknanya – bukan hanya pada nilai barangan, tetapi pada keprihatinan dan kasih sayang yang mengiringinya. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran dan melimpahkan keberkatan dalam setiap rezeki dan urusan kalian.

InsyaAllah, usaha kecil ini akan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan. Sama-sama kita doakan agar lebih ramai dapat disantuni pada masa akan datang.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 66647
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)