Skip to content
Buletin & aktiviti

Laporan Program Agihan Air Bersih (Water Tank) Cugenang Cianjur, Indonesia

Tarikh: 6 Disember 2024

Lokasi: Kampung Cugenang, Nyalindung, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Indonesia

Isipadu air: 8000 Liter.

Penerima: 100 keluarga

Objektif Program:

1. Menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk setempat yang memerlukan.

2. Menyatukan ukhuwah melalui program kemanusiaan ‘Ziarah Mahabbah Indonesia.’

3. Membantu meringankan beban masyarakat terjejas dengan memberikan akses kepada sumber air bersih.

Pelaksanaan: Program ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dan ASAR Humanity. Air bersih diagihkan kepada penduduk melalui lori tangki air (8000)liter isipadu air. Program agihan ‘Air untuk semua’ merupakan projek mingguan setiap jumaat yang dijalankan PIKDM dengan kerjasama Asar Humanity di lokasi berbeza yang sangat memerlukan.

Keberhasilan Program:

Program ini berjaya meringankan beban masyarakat setempat, khususnya dalam mendapatkan air bersih.

Lebih 100 keluarga telah menerima manfaat langsung daripada program ini. Selain masyarakat mendapatkan air terus dari lori lebihan air dari lori tangki dipenuhkan ke tangki khas untuk masyarakat manfaatkan keperluan harian yang mampu bertahan 4-6hari terutamanya kegunaan memasak dan minuman.

Rumusan: Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberikan impak positif terhadap masyarakat, tetapi juga memperkuatkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui misi kemanusiaan.

Jazakumullahu khayran buat para penginfak budiman yang telah menyumbang pada projek water tank ini.

‘๐‘จ๐‘ฐ๐‘น ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘จ’

CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/borang-projek-beras-al-quran-iqra

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image