Skip to content
Buletin & aktiviti

Laporan Penutup Ibadah Korban PIKDM 1446H / 2025

๐—๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป:๐Ÿฐ๐Ÿฑ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐—ฟ

๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚: ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ

๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ด: ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ

๐—๐˜‚๐—บ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น: ๐—ฅ๐— ๐Ÿด๐Ÿฒ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ

Negara & Negeri Pelaksanaan Korban:

๐™‡๐™ช๐™–๐™ง ๐™‰๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™–:

  • Sudan
  • Nigeria
  • Yemen
  • Zimbabwe
  • Tanzania
  • Coxโ€™s Bazar (Bangladesh)
  • WEDO Cambodia
  • Rokha Cambodia

๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–:

  • Kuala Lumpur / Selangor
  • Pulau Jambongan, Sabah
  • Telupid, Sabah

๐‘ฒ๐’๐’“๐’ƒ๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐‘ป๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐‘ฐ๐’‰๐’”๐’‚๐’ & ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ƒ๐’…๐’Š๐’‚๐’

Korban bukan sekadar ibadah fizikal menyembelih haiwan, tetapi manifestasi ketakwaan dan ihsan kepada Allah serta rahmat kepada manusia. Daging korban disampaikan kepada mereka yang sangat memerlukan โ€” di pedalaman Sabah yang kekurangan bekalan daging, dan juga saudara-saudara kita di negara-negara bergolak dan miskin.

Di luar negara, ramai yang hanya merasai daging setahun sekali โ€” itulah saat korban.
Di dalam negara, masih ada masyarakat luar bandar dan asnaf yang menanti sumbangan korban agar Aidiladha turut bermakna buat mereka.

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah korban itu akan sampai kepada Allah sebelum jatuh ke bumi. Maka tenangkanlah hati kalian dengannya.”
(HR Tirmidzi, Ibnu Majah โ€“ Hadis Hasan Sahih)

Jutaan terima kasih kepada semua penginfak dan peserta korban rakyat Malaysia atas kepercayaan dan komitmen bersama PIKDM. Semoga korban ini menjadi saksi kecintaan kita kepada Allah, dan tanda ihsan kepada insan lain.

Kami menyeru agar kesedaran berkorban terus disemai setiap tahun, bukan hanya sebagai tradisi tetapi sebagai misi dakwah dan kemanusiaan. Di negara minoriti Islam seperti Cambodia kami sendiri bersaksikan ibadah korban ini salah satu syiar dan dakwah paling berkesan buat masyarakat miskin disana. Ibadah korban ini mampu memberi impak dakwah yang membekas buat non-muslim mahu kenal Islam lebih dekat. Mereka lihat agama Islam itu indah.. sangat mementingkan ihsan, kebajikan, silaturahim, ukhuwah dan semangat gotong-royong.

โ€œAda yang menunggu daging korban bukan kerana lapar semata, tetapi kerana itu satu-satunya waktu mereka terasa tidak dilupakan oleh dunia.โ€

Jazakumullahhu khayran buat para peserta korban dan penginfak sedekah daging. Semoga Allah terima Ibadah ini.

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image