Laporan Tertunda
Tarikh: 15 March 2025
Lokasi: Khan Yunis Selatan, Semenanjung Gaza
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah berjaya melaksanakan amanah dalam menyediakan dan mengagihkan 150 pek makanan panas kepada rakyat Gaza yang memerlukan.
Projek ini bertujuan untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza menikmati juadah berbuka puasa dalam keadaan mereka yang serba kekurangan akibat konflik berterusan. Setiap pek makanan yang disediakan telah disampaikan kepada penerima dengan penuh kasih sayang dan keprihatinan.
Kami di PIKDM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan inisiatif ini. Jazakumullahu khayran kepada para penginfak yang budiman atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua pihak serta diterima sebagai amal jariah di sisi Allah SWT.
Teruskan menyokong dan mendoakan saudara kita di Palestin.
Mari bersama PIKDM, hulurkan sumbangan dan ringankan beban mereka. Setiap sen yang disumbangkan, insyaAllah menjadi bekalan pahala yang berkekalan.
Selamat BERINFAK!
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025
















