Lokasi Misi : Pesantren Al Rasyid Nambo, Bogor, Indonesia
Tarikh : 7 Disember 2024
Agihan : 50 kampit beras
Latar Belakang Aktiviti :
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) dengan kerjasama Asar Humanity telah melaksanakan misi kemanusiaan di Pondok Pesantren Tahfidz Al Rasyid Nambo, Bogor. Objektif utama program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar tahfiz dan tenaga pengajar yang bergantung kepada sumbangan untuk kelangsungan hidup, terutamanya dalam memastikan bekalan makanan asas mencukupi.
Ketika pasukan PIKDM tiba di Pesantren Al Rasyid Nambo untuk Misi Recci 3 hari sebelum rombongan kami tiba, dimaklumkan para pelajar makan nasi berlaukkan sayur kangkung rebus yang dipetik di sekitar Pesantren buat hidangan makan 3x sehari.
Kehadiran pasukan PIKDM bersama bantuan beras ini disambut dengan penuh rasa syukur oleh pihak pesantren. Mudir pesantren menyatakan rasa terima kasihnya kepada PIKDM atas usaha membantu meringankan beban mereka pada saat kritikal ini.
Sebanyak 50 kampit beras telah diserahkan kepada pihak pesantren untuk digunakan oleh pelajar-pelajar dan tenaga pengajar bagi memastikan kelangsungan keperluan harian mereka.
Pasukan PIKDM meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar dan tenaga pengajar, mendengar cabaran harian mereka, dan memberi semangat untuk terus tabah dalam menuntut ilmu.
Aktiviti pengagihan ini telah didokumentasikan untuk tujuan laporan kepada penyumbang dan masyarakat umum, sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai keperluan mendesak komuniti seperti ini dibantu melalui infak beras PIKDM mampu menyampaikan bantuan beras kepada yang memerlukan.
Bekalan beras yang diagihkan berjaya memenuhi keperluan segera pesantren, mengelakkan pelajar daripada perlu berpuasa akibat kekurangan makanan.
Ucapan syukur daripada Mudir pesantren menunjukkan betapa besar impak bantuan ini terhadap komuniti mereka.
PIKDM ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menjadikan misi ini realiti. Sokongan anda bukan sahaja membantu dari segi material, tetapi juga memberikan semangat dan harapan kepada komuniti yang memerlukan.
CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/borang-projek-beras-al-quran-iqra













