Laporan Bantuan Agihan 200 ‘Food Pack’ kepada Mangsa Banjir di Taman Seri Alam, Saujana Utama

Tarikh: 30 Disember 2024 (Isnin)

Lokasi: Taman Seri Alam, Saujana Utama

Jumlah Penduduk Terjejas: 300 penduduk

Punca banjir: Akibat benteng air takungan tasik bersebelahan taman pecah pada petang ahad (29/12/2024)

Bantuan:

1. 200 ‘Food Pack’ Nasi Waw KawKaw

Disumbangkan oleh Cafe WawKawKaw

2. 10 carton Air Mineral

Disumbangkan oleh PIKDM.

3. 100 Buku Zikir Pagi Petang

Disumbangkan oleh PIKDM.

Sebagai usaha untuk memberikan sokongan rohani kepada mangsa banjir.

Pelaksanaan Agihan

Agihan makanan dan bantuan dilakukan dengan kerjasama Cafe Waw KawKaw dan pihak PIKDM.

Bantuan disampaikan terus kepada Pengerusi Taman ‘Tuan Sazali’. Penduduk yang terjejas banjir kebanyakannya tidak sempat memikirkan hal makan minum kerana sibuk mengurus rumah. Kami memahami situasi ini dan bantuan dihantar tepat pada waktunya.

Lokasi Taman perumahan ini pun tidak jauh dari ibupejabat PIKDM dan memberi peluang kami pula berkhidmat bantu masyarakat terdekat dengan kami.

Penghargaan

Kami mengucapkan jazakumullahhu khayran kepada Cafe Waw Kaw Kaw antara yang terawal hubungi PIKDM walau lokasi Cafe mereka jauh di Bandar Baru Sg Buloh tapi seawal pagi tadi sudah menghubungi kami untuk kerjasama agihan pek makanan tengahari ke lokasi ini. Alhamdulillah syukur dapat bantu dan berkongsi rezeki pada mangsa banjir di kawasan sendiri pula. Keprihatinan ini telah membantu meringankan beban penduduk yang terjejas.

Barakallahufeekum. Semoga Allah gantikan yang lebih baik apa yang rosak dan hilang buat mangsa² banjir. Aameen.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 65117
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)