Sertai Ibadah Korban Bersama PIKDM 1446H / 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

Laporan Agihan Iftar Pek di Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYAS), Melaka

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah berpeluang menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Melaka sempena Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Perdana yang berlangsung pada 27 Mac 2025 bersamaan hari Khamis.

Dalam program ini, PIKDM telah menyumbangkan 30 beg doorgift istimewa kepada anak-anak yatim yang terlibat dalam majlis khatam al-Quran. Setiap beg berisi cookies, botol air, ziplock pouch, flyers dan highlighter sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada mereka yang berjaya menamatkan bacaan al-Quran. Selain itu, sebanyak RM10 telah diagihkan kepada setiap seorang daripada 30 anak-anak yatim sebagai sumbangan duit raya. Tidak ketinggalan, PIKDM turut menaja sebanyak 75 pek makanan Nasi Arab DIMA untuk juadah berbuka puasa pada malam tersebut.

Apa yang lebih mengharukan, team PIKDM turut berpeluang mendengar sendiri bacaan al-Quran oleh anak-anak yatim dalam suasana yang tenang dan penuh penghayatan. Majlis ini bukan sahaja mempereratkan hubungan antara komuniti dan anak-anak yatim, malah turut menyemai semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

PIKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak RAYSAS atas jemputan dan layanan mesra yang diberikan, serta kepada para penyumbang yang terus menyokong usaha kebajikan ini. Semoga setiap sumbangan dan kebaikan ini menjadi amal jariah yang berterusan dan membuka lebih banyak ruang untuk kami menyantuni golongan yang memerlukan.

Klik untuk Sumbangan – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 68603
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)