Jumaat, 7 November
Seawal jam 9.00 pagi, Team PIKDM turun ke NSK Selayang untuk membuat belian barangan dapur asas bagi Maahad Tahfizul Quran Darul Hijrah K.L yang telah kehabisan bekalan makanan.
Walaupun Dana Pengurusan PIKDM masih dalam keadaan sangat kritikal sejak September, namun amanah bantuan untuk anak-anak tahfiz tetap kami sempurnakan. Bahan keperluan kering dan basah untuk bekalan jimat cermat mencecah RM1,000. Alhamdulillah, selagi ada rezeki buat mereka kita terus berbagi.
Turut disumbangkan barangan yang dibeli menggunakan sumbangan Rahmah (RM100) termasuk:
RM114 barangan dibeli menggunakan sumbangan Rahmah Pn. Pengerusi untuk anak-anak DH – 2 kampit beras (5kg), minyak masak, serbuk coklat minuman bernilai RM114.
Sumbangan tunai:
RM200 diserahkan kepada Ustaz Iqbal untuk belanja kecemasan dan tong gas bulanan.
Seruan Infak Rahmah:
Bagi para penginfak yang masih mempunyai baki sumbangan Rahmah RM100, anda boleh manfaatkan untuk tujuan ini.
Barangan boleh dihantar ke ibu pejabat PIKDM melalui Grab Service atau serahan sendiri.
InshaaAllah, setiap sumbangan Rahmah anda akan kami teruskan kepada asnaf dan keluarga yang benar-benar memerlukan.
Anda Infak Kami Sampaikan:
https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-pengurusan-pikdm/
“Setiap kali kamu memberi, Allah sedang menyiapkan sesuatu yang lebih untukmu. InshaaAllah.”
PIKDM – Telus, Beramanah, Berimpak
















