Skip to content

Kunjungan Rakan Strategik NGO Antarabangsa ke PIKDM

Tarikh: 27 Nov 2024.

Masa:

6:00 PM – 10:00 PM

Lokasi:

Pejabat PIKDM, Malaysia

Tetamu yang diraikan:

1. Dr. Ibrahim Adelani (Chairman of BN Ballo Charity Concept) Nigeria

2. Ustaz Zahry Ismael – Pengasas Sekolah Wedo Cambodia.

3. Ustaz Bashir – Chairman of Cambodia Da’wah Non Muslim.

Kunjungan ini melibatkan kerjasama strategik antara PIKDM dan NGO antarabangsa dari Nigeria dan Kemboja. Kunjungan tetamu yang hadir ke ibupejabat PIKDM ini merupakan langkah memperkukuhkan jaringan dan kerjasama dalam projek kemanusiaan, dakwah, dan kebajikan. Dr Ibrahim Adelani dan Ust Zahry Ismael dan Ust Bashir masing masing secara kebetulan berada di Malaysia atas urusan jemputan seminar pendidikan Antarabangsa. Peluang ini mereka manfaatkan untuk ziarah ke ibupejabat PIKDM sekaligus.

Agenda Program

1. Pembentangan Laporan Projek dan Kewangan PIKDM 2020-2024:

Nigeria: Laporan pencapaian projek dan pengurusan dana yang telah dilaksanakan bersama NGO BN Ballo Charity.

Kemboja: Laporan perkongsian aktiviti dan pengurusan dana yang telah dilaksanakan antara PIKDM dan Sekolah Wedo.

2. Serahan Plak dan Surat Penghargaan:

PIKDM telah menyampaikan plak penghargaan kepada tetamu sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan kerjasama selama ini.

Dr. Ibrahim Adelani turut menyerahkan surat penghargaan rasmi kepada pihak PIKDM atas usaha cemerlang dalam program kemanusiaan membantu masyarakat Nigeria khususnya Madrasah PIKDM di Falana Ibadan Nigeria.

3. Sedikit saguhati wang tunai dari PIKDM.

4. Sesi Minum Petang.

Kesimpulan.

Kunjungan ini telah berjaya mencapai objektif utama iaitu:

1. Mengukuhkan kerjasama strategik antara PIKDM dan NGO antarabangsa.

2. Menyampaikan laporan kemajuan dan ketelusan pengurusan projek serta kewangan.

3. Melihatkan kesan impak program kemanusiaan pendidikan dakwah dan kebajikan antarabangsa untuk jangka panjang.

PIKDM komited untuk terus menjalin hubungan strategik ini bagi memastikan keberlangsungan projek-projek yang memanfaatkan masyarakat global.

Ilmu bil Amal Amal bil Ihsan Dakwah bil Hikmah.

Ikuti LIVE Rakaman ucapan dari panel jemputan: https://www.facebook.com/share/v/15anyU1DPj

Teruskan Menyokong Kami!

Sumbangan anda, harapan mereka.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image