QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Kunjungan Mahabbah Tuan Amin Shodik ke PIKDM

Alhamdulillah, pada Sabtu lalu Tuan Amin Shodik, Head of Asia Pacific Partnership ASAR Humanity Indonesia berada di Malaysia atas urusan kerja. Semalam beliau berkesempatan hadir ke ibu pejabat PIKDM bagi mengeratkan ukhuwah dan menyerahkan Laporan Tahunan 2024 bertema “Kuatkan Sinergi, Hebatkan Berbagi” kepada pihak PIKDM.

ASAR Humanity salah sebuah Yayasan Lembaga Amil Zakat Nasional (LAZNAS) di Indonesia, iaitu institusi yang diiktiraf oleh pemerintah untuk mengurus, mengumpul, dan menyalurkan zakat, infak, dan sedekah di seluruh negara. Status ini membuktikan kredibiliti dan kepercayaan tinggi yang diberikan kepada ASAR Humanity dalam melaksanakan misi kemanusiaan, termasuk kolaborasi antarabangsa.

Sejak tahun 2023, hubungan strategik antara PIKDM dan ASAR Humanity telah membuka banyak pintu kebaikan daripada misi lapangan hingga projek berimpak yang memberi manfaat terus kepada penerima bantuan. Semua ini berlaku kerana adanya tangan-tangan dermawan yang sentiasa menghulur di saat diperlukan.

Kunjungan Tuan Amin Shodik semalam bukan sekadar pertemuan, tetapi simbol bahawa sumbangan anda telah merentasi sempadan negara, mengikat hati-hati kita dalam satu misi besar: mengangkat martabat insan, di mana sahaja mereka berada.

Sebagai tanda penghargaan, kami sempat membawa Tuan Amin Shodik melawat beberapa lokasi menarik di Kuala Lumpur sebelum beliau pulang. Semoga ukhuwah ini terus diberkati, dan setiap infak anda menjadi saham akhirat yang mengalir tanpa henti.

Antara projek PIKDM bersama ASAR Humanity yang masih memerlukan sokongan dana:

https://www.pikdm.org.my/donations/infak-air-bersih-water-tank-indonesia

https://www.pikdm.org.my/donations/tebar-benih-ikan

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image