• 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇, 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑 الأخذ باليسير وترك العسير •
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
Maksudnya:
“Apa yang aku larang kamu daripadanya, maka jauhilah. Dan apa yang aku perintahkan kepada kamu, maka kerjakanlah daripadanya sekadar yang kamu mampu. Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah banyak pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari no. 7288 & Muslim, no. 1337)
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 & 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚
- Segala larangan Rasulullah ﷺ wajib ditinggalkan sepenuhnya tanpa kompromi.
- Segala perintah agama dilaksanakan mengikut kemampuan kerana Islam agama yang memudahkan.
- Islam memberi ruang rukhsah (keringanan) supaya tidak membebankan umat.
- Umat terdahulu binasa kerana banyak soal yang tidak perlu dan menentang nabi mereka.
- Jangan membazirkan masa dengan perdebatan sia-sia.
- Prinsip agama adalah seimbang. Tinggalkan larangan sepenuhnya, laksanakan perintah sekadar mampu.
- Keikhlasan dalam taat lebih utama daripada banyak bertanya tanpa beramal.
Semoga kita termasuk dalam kalangan hamba Allah SWT yang taat meninggalkan larangan, berusaha melaksanakan perintah mengikut kemampuan dan menjauhi sifat umat terdahulu yang suka membantah.
Untuk menonton rakaman kuliah penuh, klik link di bawah:
https://www.facebook.com/share/v/1BSjNLYKi3/?mibextid=wwXIfr
Muhammad Izzat
Penasihat Agama, Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

![[tonton] kuliah dhuha hadis 40 imam nawawi part 9](https://www.pikdm.org.my/wp-content/uploads/2025/09/Tonton-Kuliah-Dhuha-Hadis-40-Imam-Nawawi-Part-9.png)

