(Kini sudah cetakan Edisi ke 2)
Inilah buku poket zikir pagi petang yang telah menjadi peneman kak siti hawa sepanjang sakit hampir 2 tahun lamanya diatas katil hanya mampu melakukan pergerakan terhad namun banyaknya masa yang dihabiskan diatas katil tidak membataskan amalan rutin yang sudah dilazimi sejak lama iaitu rutin bacaan zikir pagi dan petang yang merupakan amalan sunnah Nabi.
Kalau ada ketika beliau terpaksa dimasukkan ke Hospital untuk rawatan dan pantauan beliau tetap bersama buku poket kecil ini..katanya, setiap kali mendapatkan rawatan di IJN buku poket ini juga akan dibawa bersama. Bukan tiada yang lain..tapi beliau sukakan yang ini. Kecil mudah dipegang dibawa kemana² dan susunan bacaan zikir pagi dan petang diasingkan dan memudahkan bacaannya. Beliau menanda mukasurat bagi memudahkan bacaan pagi petang dan zikir umum. Alhamdulillah beliau benar² manfaatkan buku zikir pagi petang ini hingga lusuh dan ber’saloytape’ kelihatannya…terharu kami melihatnya..tanda benar² dimanfaatkannya.Bararakallahhufeh. Bila edisi ke 2 terbit beliau antara yang pertama membeli dan mahu infakkan pada anak cucu dan sesiapa sahaja yang beliau rasa mahu diinfakkan.
Katanya lagi antara yang beliau senang membacanya bilamana zikir² ini sahih dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. Semoga dengan tersebarnya buku poket ini, walau nampak kecil buku ini tapi inilah ‘Dakwah’..sekecil² usaha besar manfaat pahalanya bilamana diamalkan dan disebarkan. Istimewanya buku zikir pagi petang terbitan PIKDM ini disertakan bacaan² juga dirumikan bagi memudahkan mereka yang kurang mahir membaca tulisan Arab.
Matlamatnya mahu menjadikan kita hambaNya yang mengikut contoh Sunnah Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam dalam menghayati amalan harian dan edaran buku poket ini dapat dimanfaatkan.
Buku poket zikir pagi petang ini adalah bertujuan untuk edaran percuma bagi tujuan dakwah pada yang disasarkan dan selebihnya untuk jualan bagi yang mahu membeli tanda sokongan anda membantu tabung dana pengurusan PIKDM.
Bagi yang berminat membeli atau berINFAK, sila klik di link dibawah ini.
BAGI YANG BERMINAT MEMBELI atau BERINFAK, SILA KLIK LINK DI BAWAH :
Link Beli / Infak : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir/
Link Shopee : https://shopee.com.my/product/64509809/23511402280?smtt=0.64511252-1671106663.3