Kembara Dakwah & Kebajikan Program SENASIB Pulau Pinang 10-12 November 2022

Kembara Dakwah & Kebajikan Program SENASIB Pulau Pinang 10-12 November 2022.
11 November [Jumaat]
Lokasi: Butterworth
 
Alhamdulillah setelah hampir 2 tahun program SENASIB PIKDM dilancarkan pada Januari 2021 dan lokasi Pulau Pinang merupakan lokasi terawal program SENASIB (Sedekah Nasi Bungkus) diperkenalkan kepada penginfak PIKDM untuk sama sama kita berkongsi rezeki setiap jumaat bagi agihan gelandangan dan asnaf sekitar Butterworth pulau pinang yang telah dikenalpasti wakil Team PIKDM di Pulau Pinang iaitu Puan Suhara Begum dan Bro Rafael yang telah memulakan usaha murni ini sejak zaman Covid melanda. Usaha ini diteruskan Pn Sue dan Bro Rafael dengan memberi sumbangan setiap jumaat selepas asar seramai anggaran 40 penerima kalangan gelandangan, asnaf dan OKU dikenalpasti.
 
Pek makanan bagi program baru ini:
Nasi lemak pek besar 50 pek: Lauk sambal udang, ikan bilis, telur sebiji, bubur kacang hijau dan air mineral. Sedikit sumbangan wang pada yang layak juga pakaian muslimah.
 
Pada tarikh 11 November 2022 Team PIKDM telah turun padang bagi menyaksikan sendiri bagaimana keadaan gelandangan dan asnaf yang setiap jumaat akan berada di lokasi masing². Banyak persoalan kami tentang gelandangan yang memilih mahu teruskan kehidupan sebegini. Ada yang memilih tidur bawah jambatan, mengemis di tepi bank, tidur di pondok sekuriti yang tidak beroperasi dan ada juga kalangan asnaf yang bekerja sebagai ‘cleaner’ dan ibu tunggal. Yang pasti agihan SENASIB yang diagihkan ini tiada pembaziran malahan sentiasa dinanti nantikan.
 
Sewaktu agihan program dilakukan hujan mula turun dan Team PIKDM bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dalam keadaan bergegas dan pantas untuk memastikan agihan diserahkan pada yang menanti. Alhamdulillah agihan sempat diagihkan dan Team PIKDM bergerak pulang ke Pasaraya Bilion untuk pembelian DapurPek bagi program keesokan harinya 12 November 2022. Laporan akan menyusul..
 
Sewaktu agihan dilakukan kami terserempak dengan calon parti bagan mewakili parti pejuang yang turut mengambil peluang mengedarkan risalah kempen pilihanraya kawasan beliau dan PIKDM turut menyerahkan ‘flyers’ PIKDM mewakili suara NGO yang turun padang bukan mahu berkempen PRU. Kami tetap dengan kempen kami “Ilmu bil amal, Amal bil Ihsan, Dakwah bil Hikmah”.
 
Jazakumulllahhu khayran buat wakil Team PIKDM Pulau Pinang Bro Rafael dan isterinya Puan Sue Begum, Team PIKDM dari Kuala Lumpur dan para penyumbang PIKDM yang terus beri kepercayaan pada kami. Barakallahufeekum.
 
Teruskan menyumbang!
 

———-

Tajaan Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)

Sumbangan bagi tajaan majlis ilmu boleh disalurkan terus melalui link dibawah.

Infaq potongan bulanan secara autodebit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia