Alhamdullilah..pada 20hb Februari 2023 telah diadakan Kem Cuti Sekolah Siri 2.0 di Dewan Ilmu PIKDM bertempat di Ibupejabat PIKDM dengan tajuk ‘Klinik Tajwid & Kemahiran’.
Program kali ini menampilkan Ust Hamdan Haleng dan Cikgu Azwan Irwan yang diterbangkan dari Tawau Sabah bagi menjayakan Program kali ini.
Klinik Tajwid asas bagi kanak² dipimpin oleh Ust Hamdan Haleng manakala Kemahiran oleh cikgu Azwan.
Tujuan program ini diadakan tidak lain adalah bagi mengisi aktiviti bermanfaat untuk cuti sekolah anak² setelah Siri 1.0 mendapat sambutan. Di program ini kanak² dilatih untuk fokus, menghafal, berinteraksi, beraktiviti, berkomunikasi dan berfikir dalam berkemahiran. Antara aktiviti kemahiran yang menarik perhatian anak² adalah ‘Boneka Wayang Kulit’ yang selama ini hanya ditonton, kali ini mereka berpeluang bermain dan melakonkan watak dengan diberi kebebasan untuk berfikir dan berdailog. Semoga cuti sekolah anak² ini adalah terisi dengan aktiviti yang lebih banyak menggunakan kreatikiti dan interaksi sesama mereka dari disibukkan dengan gajet.
Jazakumulllahhu khayran buat Ust Hamdan Haleng & Cikgu Azwan Irwan diatas komitmen yang diberikan. Terimakasih juga buat penaja yang menaja beberapa pelajar dan GAMJ yang menaja 35 pek makan tengahari buat peserta program. Barakallahufeekum.
Tekad Teguh Bersama Demi Ummah
Penyertaan & Sumbangan Projek Angkat 2023 – https://projek2023.pikdm.org.my
Infaq Potongan Bulanan Secara Auto Debit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my
Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my
Pembelian Buku Zikir Pagi & Petang : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir
ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Sebarang Pertanyaan :
Pn Lynnda Abbas – Whatsapp : https://wa.link/85adwi
Pn Shaliza – Whatsapp : https://wa.link/j7irlz
CIK Alyssa – Whatsapp : https://wa.link/7euwpc