Kelebihan Ibadah Korban

π—žπ—˜π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—›π—”π—‘ π—œπ—•π—”π——π—”π—› π—žπ—’π—₯𝗕𝗔𝗑

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahin AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban. Untuk itu, di sana terdapat beberapa buah hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan berkorban. Antaranya:

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Ω…ΩŽΨ§ ΨΉΩŽΩ…ΩΩ„ΩŽ Ψ’Ψ―ΩŽΩ…ΩΩŠΩ‘ΩŒ مِنْ ΨΉΩŽΩ…ΩŽΩ„Ω ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…ΩŽ Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ψ±Ω Ψ£ΩŽΨ­ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω مِنْ Ψ₯ΩΩ‡Ω’Ψ±ΩŽΨ§Ω‚Ω Ψ§Ω„Ψ―Ω‘ΩŽΩ…ΩΨŒ Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩŽΩŠΩŽΨ£Ω’Ψͺِي ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…ΩŽ Ψ§Ω„Ω‚ΩΩŠΩŽΨ§Ω…ΩŽΨ©Ω Ψ¨ΩΩ‚ΩΨ±ΩΩˆΩ†ΩΩ‡ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΨ΄Ω’ΨΉΩŽΨ§Ψ±ΩΩ‡ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΨΈΩ’Ω„ΩŽΨ§ΩΩΩ‡ΩŽΨ§ΨŒ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ†Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ψ―Ω‘ΩŽΩ…ΩŽ Ω„ΩŽΩŠΩŽΩ‚ΩŽΨΉΩ Ω…ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ψ¨ΩΩ…ΩŽΩƒΩŽΨ§Ω†Ω Ω‚ΩŽΨ¨Ω’Ω„ΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ ΩŠΩŽΩ‚ΩŽΨΉΩŽ Ω…ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ψ£ΩŽΨ±Ω’ΨΆΩΨŒ فَطِيبُوا Ψ¨ΩΩ‡ΩŽΨ§ Ω†ΩŽΩΩ’Ψ³Ω‹Ψ§

Maksudnya: β€œTidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

Makna Hadith

Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 5/61] Selain itu juga, status hadith ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’ kerana ada yang melihat hadith ini sebagai dhaif dan sebagainya. Akan tetapi, al-Mubarakfuri menilai hadith ini sebagai hasan sebagaimana yang dinyatakan ketika mensyarahkan hadith ini.

Tambahan pula, di akhir hadith ini terdapat perintah agar kita membersihkan jiwa atau diri kita dengan melaksanakan ibadah ini kerana padanya disediakan ganjaran dan pahala yang cukup besar oleh Allah SWT.

Penutup

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:

ΩΩŽΨ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ Ω„ΩΨ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ΩƒΩŽ ΩˆΩŽΨ§Ω†Ω’Ψ­ΩŽΨ±Ω’

Al-Kauthar 108:2

Maksudnya: β€œOleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan petunjuk dalam melaksanakan perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapatkan syurga Firdaus yang paling tinggi di akhirat kelak. Amin.

Wallahua’lam

Sumber:
Irsyad Al Hadith
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Daftar & Buat Bayaran : https://www.pikdm.org.my/ibadah-korban-1445h-2024/

====================

Salah satu rezeki terus berkah dengan bersedekah.

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

Β 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 50762
Β© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)