Alhamdulillah pada 6&7 Januari 2023 sabtu dan ahad Tim PIKDM diberi kesempatan untuk membuka tapak jualan amal di Kolej ke 10 Tun Ahmad Zaidi Universiti Malaya berkolaborasi bersama Tim Bravo 7.0 yang juga mengumpul dana untuk MISI kolaborasi bersama PIKDM nanti InshaaAllah. Membuka tirai 2024 PIKDM berazam mahu mengukuhkan ekonomi pengurusan PIKDM dengan cara berusaha selagi boleh.
Usaha turun padang sambil melakukan jualan amal ini memberi peluang mendekati mahasiswa dan orang awam lebih dekat dan sekaligus mempromosikan organisasi kami di mata masyarakat dengan cara begini kami juga merasai pengalaman baru dan memberi ilham bagaimana di masa mendatang kami boleh bantu asnaf asnaf yang tidak tahu mencari jalan keluar dari kesempitan hidup. Pada yang rajin pasti ada rezeki InshaaAllah.
Bila pelanggannya adalah Mahasiswa harganya perlulah rahmah dan tamah. Alhamdulillah jualan kami habis dijual dan keuntungan 2 hari ini anggaran RM1300 bersih masuk ke tabung PIKDM. Untuk Projek pertama bagi pembuka 2024 modal dan tajaan makanan dari Tim PIKDM sendiri. Semoga di masa mendatang adalah yang sudi menaja dan menyumbang.
Terimakasih juga buat Daposuta yang menyediakan Nasi ayam kunyit untuk 2 hari kami dapat pada harga kos. Semoga Allah memberkahi rezeki Daposuta. Jazakumulllahhu khayran buat Team penaja L.A, H.I, NSB, NSI & Alyssa yang paling bersemangat untuk menjayakan Projek ini. Barakallahufeekum.
Jazakumullahhu khayran buat Hakimi & Hannah Sukarelawan yang turun membantu di lokasi juga Tim Bravo yang saling membantu dan bekerjasama.
Menu sabtu:
- Nasi ayam kunyit
- Air Orange Sunquick
- Nasi lemak paru, ayam, bilis, sotong
- Dadih
Menu Ahad:
- Bubur Ayam
- Nasi Ayam Kunyit
- Air Orange Sunquick
- Jualan Buku Hipokrasi Ikhlas
- Jualan Zikir Pagi Petang
- 5 cartoon air mineral Sumbangan Kelab Media Prima. Terimakasih Kelab Media Prima.
PIKDM Team sempat juga melakukan kerja dakwah dan kebajikan di sekitar tasik Universiti Malaya dan di padang bola. Ada 20 bungkus nasi lemak yang diinfakkan salah seorang pelanggan kami diagihkan hingga habis. Pakej yang ditawarkan beli zikir pagi petang RM5 dapat Nasi lemak dan air mineral percuma. Alhamdulillah mendapat sambutan luar jangkaan.
Paling kami terharu bila kami cuba jual air mineral dan nasi lemak pada 4 orang non-muslim yang baru selesai bersukan dan salah seorangnya wanita cina mengeluarkan RM20 dan minta kami agihkan nasi dan air itu. Makanya 40 bungkus Nasi lemak infak percuma diagihkan dan zikir pagi petang berjaya dijual. Alhamdulillah matlamat kami tetap tidak berubah. Dalam berekonomi jangan lupa kebajikan dan dakwah.
Doakan Tim PIKDM terus kuat dan Istiqomah.
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]