Rasulullah SAW bersabda (bermaksud) :
“Tiada seorang hamba pun pada setiap pagi dan petang yang mengucapkan:
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya : “Dengan nama Allah yang sesiapa berlindung dengannya, tiada sesuatupun yang dapat memberi mudharat kepadanya di langit mahupun di bumi, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. sebanyak tiga kali, tidak akan memudharatkanya sesuatupun.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)
Al-Imam al-Qurtubi berkata tentang hadis ini: “Ia merupakan satu perkhabaran yang sahih dan perkataan yang benar, terbukti kebenarannya melalui dalil dan pengalaman. Aku sendiri sejak mendengar hadis ini terus mengamalkannya, tiada suatupun yang mendatangkan bahaya/mudharat kepadaku sehinggalah aku meninggalkan amalan ini, lalu aku disengat seekor kala jengking di Madinah pada malam hari, lalu aku berfikir, rupanya aku telah terlupa membaca kalimah zikir ini.”
[al-Futuhaat al-Rabbaniyyah oleh Ibn ‘Allan]
𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗯𝗲𝗹𝗶/𝗶𝗻𝗳𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗸𝘂 𝘇𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗜𝗞𝗗𝗠
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]