QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Jalan Pintas Mendapat Syurga

Allah SWT mengisyaratkan bahawa jalan menuju syurga bukanlah sesuatu yang mudah, bahkan syurga itu dikhususkan bagi mereka yang benar-benar bertaqwa. Antara ciri utama hamba yang bertaqwa, sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran, ialah:

{ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ فِی ٱلسَّرَّاۤءِ وَٱلضَّرَّاۤءِ وَٱلۡكَـٰظِمِینَ ٱلۡغَیۡظَ وَٱلۡعَافِینَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ }.

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang menahan kemarahannya, serta orang-orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.”

(Surah Āli ‘Imrān: 134)

Individu bertaqwa ialah mereka yang sanggup berinfaq sama ada dalam keadaan lapang mahupun sempit. Harta bukan sekadar dinikmati untuk diri, sebaliknya dikorbankan demi mencari reda Allah. Infaq adalah lawan kepada riba; riba merosakkan, sedangkan infaq membersihkan jiwa dan mensucikan harta.

Ciri kedua ialah kemampuan menahan marah. Walaupun berhak menghukum orang yang bersalah, mereka yang bertaqwa memilih untuk menelan kemarahan. Inilah kekuatan sebenar; melampiaskan emosi adalah mudah, namun menahan marah demi Allah adalah bukti keimanan yang teguh.

Seterusnya, mereka yang bertaqwa juga ialah golongan yang memaafkan kesalahan orang lain. Memaafkan memang berat, namun hakikatnya ia membuka jalan ke syurga dengan lebih cepat. Di akhirat kelak, mereka tidak lagi terbeban dengan tuntutan keadilan yang tertangguh, bahkan diberi ganjaran pahala kerana memilih untuk memaafkan.

Inilah hakikat sifat ihsan, iaitu mencari reda Allah dalam senang atau susah, menahan marah walau berkuasa membalas, serta memaafkan walau hati terasa pedih. Itulah jalan pintas menuju syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image