Istighfar Meluaskan Rezeki Serta Menurunkan Hujan

Amalan istighfar boleh menghalang murka Allah SWT serta menolak bala. Ibn Kathir menukilkan, sesiapa memiliki sifat sering beristighfar, maka Allah akan memudahkan rezekinya, memudahkan urusannya, dan menjaga keadaan dan kekuatannya.

Manakala kelebihan khusus amalan istighfar yang dijanjikan Allah SWT adalah diampunkan dosa, diturunkan hujan yang lebat, dikurniakan harta dan anak-pinak, diberikan hasil tanaman serta sungai. Allah SWT berfirman:

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ‎﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ‎﴿١١﴾‏ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا ‎﴿١٢﴾

Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Surah Nuh: 10-12)

Walaupun Rasulullah SAW tahu Allah SWT telah mengampunkan dosa Baginda yang telah lalu dan akan datang, namun Baginda SAW tetap menjadikan istighfar sebagai rutin harian sehingga Baginda memohon keampunan kepada Allah SWT lebih 70 kali setiap hari.

Selain itu, antara tanda Allah SWT mahu mengampunkan dosa-dosa hambaNya adalah dengan mengilhamkannya untuk memohon keampunan kepadaNya.

====================

Unit Media & Penerbitan
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]

 

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 49602
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)