Sejak Misi kami ke kg gunung batur kecamatan ulu merak, kota cilegon, banten pada September yang lalu kami sendiri melihat keadaan penduduk disini yang sangat menyedihkan..diuji dengan masaalah air bersih untuk kegunaan harian. Walaupun terdapat sumber air dari perigi yang digali untuk kegunaan penduduk disini, namun air yang ada ini hanya mampu digunakan sebagai mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan mandian sahaja kerana airnya terasa masin.
Air bersih untuk minum dan masak terpaksa ditadah di lereng bukit sejauh 2-3km. Sumber mata air yang ada sangat perlahan dan perlu 5 jam untuk penuh 1 balang air untuk diminum. Sumbangan projek ‘Water Tank’ air bersih yang disumbangkan kepada penduduk kampung ini sangat bermanfaat buat penduduk disini dan mereka sentiasa berharap ada sumbangan lori tangki yang menghantar ke penduduk disini.
Usaha ini sedikit meringankan beban mereka namun besar ganjaran yang Allah janjikan buat yang menghulurkan sumbangan ini. Sumbangan Water tank ini diuruskan oleh ASAR HUMANITY selaku rakan strategik antarabangsa PIKDM di Indonesia. Jazakumulllahhu khayran buat Tim Asar Humanity.
Jazakumulllahhu khayran buat para penginfak yang budiman.
Sumbangan INFAK boleh disalurkan:
https://www.pikdm.org.my/donations/danapelbagai2023/
Code #WT (Water tank)
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]