IFTAR SAHUR RAMADAN 1444H SEBULAN TAJAAN
DI 5 MADRASAH TAJAAN PIKDM DI KEM PELARIAN ROHINGYA COXS BAZAR BANGLADESH
Seorang makan RM4 × 400 orang
Sehari RM1600
Seminggu RM11,200
Sebulan RM48,000 diperlukan.
Anda beri makan mereka disini walau satu jenis lauk, bagi mereka sudah cukup berselera dan bersyukurnya mereka. Saban tahun PIKDM menaja sebulan penuh disini bukan kerana kami mampu beri..kerana Allah yang bantu rezeki setiap hambaNya..apatah lagi rezeki beri orang makan di bulan puasa. Disini cuaca panas sangatlah panas..ditambahi dengan musim kemarau dan tidak hujan yang lama..puasa bukan semata menahan lapar dahaga bagi.mereka…menahan cuaca panas beratapkan canvas, plastik,buluh atau zink.
Saat hari pertama Ust Abdullah hantar video mereka disana menikmati juadah Sahur yang sangat berselera, ramai yang terkesan dan terharu melihat betapa kita disini makan pun tak lalu walau juadah penuh meja..Mereka cuma 1 jenis lauk sudah cukup berselera belum pernah dilihat pembaziran berlaku. Alhamdulillah.
Andai kita mampu beli juadah iftar RM50, mereka hanya perlu RM4 sahaja untuk.tajaan seorang makan.
“Nabi SAW adalah orang yang paling pemurah (dermawan) dalam segala kebaikan. Dan pemurah (sifat dermawan) baginda yang paling baik adalah saat bulan Ramadan ketika Jibril AS datang menemui baginda. Dan Jibril datang menemui baginda pada setiap malam di bulan Ramadan untuk baginda memperdengarkan bacaan al-Quran baginda kepada Jibril. Apabila Jibril datang menemui baginda, maka baginda adalah orang yang paling pemurah (dermawan) dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus.”
(HR al-Bukhari: Sahih)
https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-pikdm-2023-1444h/
KLIK DISINI👆🏻UNTUK KE LINK INFAK PILIHAN ANDA
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]