IFTAR PERDANA & KUTIPAN AMAL

Majlis ini adalah bertujuan mengumpul tabung Dana:

Projek Angkat
Projek Ramadan
  • 40 orang gaji guru di pendalaman Sabah/Semenanjung & luar negara.
  • 1000 lebih pelajar asnaf/yatim bagi Madrasah/Tahfiz di dalam negara dan luar negara.
  • Tajaan Aktiviti Program/Misi sepanjang 2023.

 

Anggaran tajaan setahun bagi projek angkat RM300K- 350K.

Setiap tahun PIKDM memerlukan tajaan RM150-200K bagi menjayakan Program Iftar Sahur Ramadan ini.

Antara program yang disusun merangkumi;

  1. Tajaan Iftar dan Sahur
  2. Sumbangan beras
  3. Sumbangan Dapur Pek
  4. Sumbangan Iftar Pek
  5. Sumbangan duit zakat asnaf
  6. Sumbangan bijirin
  7. Sumbangan al-Quran & rehal
  8. Lain-lain sumbangan

 

Sasaran Asnaf yang dikenalpasti:

  • Asnaf Semenanjung Malaysia
  • Asnaf Sabah & Sarawak
  • Asnaf Cambodia
  • Asnaf Rohingya Bangladesh
  • Asnaf Nigeria
  • Asnaf Yemen
  • Asnaf Palestine
  • Asnaf Thailand
  • Asnaf Sudan
  • Asnaf Vietnam
  • Asnaf Philiphines
  • Kaum Orang Asli
  • Pesakit di hospital
  • Gelandangan
  • Rumah orang-orang tua
  • Madrasah/Tahfiz
  • Dan lain-lain

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, program Ramadan PIKDM sentiasa mendapat sambutan daripada penginfak-penginfak budiman yang sentiasa mahu merebut pahala berganda di bulan ramadan khususnya. Tidak kurang juga permintaan untuk dipenuhi daripada yang memerlukan turut meningkat tinggi.

Di pihak NGO kami, ia merupakan satu tanggungjawab besar untuk mampu capai sasaran yang diharapkan dalam masa yang singkat ini. Justeru, inisiatif mengadakan Iftar Perdana & Kutipan Amal ini tidak lain adalah bagi tujuan mengumpul Dana Projek Angkat dan Dana Ramadan yang masih dibawah paras negatif. Ini juga peluang berganda untuk para penginfak merebut pahala berganda di bulan yang penuh berkah ini.

 

Allah SWT berfirman:

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَا لَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَا للّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَآءُ ۗ وَا للّٰهُ وَا سِعٌ عَلِيْمٌ

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”


(Surah al-Baqarah: 261)

 

Jazakumullahhu khayran Khatira. Semoga Allah merahmati para penginfak budiman yang sudi berkongsi rezeki buat yang memerlukan. Amin.

Borang Pendaftaran & Bayaran

Untuk pembayaran bagi pembelian meja/tiket, sila salurkan ke akaun yang tertera dibawah atau isikan borang online dan bayar melalui FPX online:

Bayaran Secara Manual

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Nombor Akaun : 5627-4015-5175

Bayaran Secara FPX Online

billplz-banks

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Buku-zikir-Beli-Infak-Floating