𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧: 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞 𝐧𝐚𝐤 𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 (𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧) 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐫𝐰𝐚𝐡? 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐚𝐝𝐚?
Jawapan: Harus dan dibenarkan.
Ibadah korban untuk arwah termasuk dalam bentuk sedekah dan amal soleh yang pahalanya boleh disampaikan kepada si mati — walaupun ahli keluarga lain masih hidup.
Al-Quran mengiktiraf doa dan keampunan untuk si mati sebagai tanda kasih dan kesinambungan silaturrahim.
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. (Surah al-Hasyr: 10)
Ibadah korban termasuk sedekah, maka sah dihadiahkan pahalanya kepada si mati sebagai amal soleh. Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ رَجُلاً أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ أَفَلَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ: نَعَمْ
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia tanpa sebarang wasiat. Aku berasa dia akan berkata (mewasiatkan) kepadaku agar bersedekah jika dia boleh bercakap. Adakah dia akan mendapat ganjaran jika aku bersedekah dengan diniatkan ke atasnya? Nabi SAW menjawab: Ya.” (HR Muslim)
Ulama membenarkan korban untuk si mati sebagai sedekah, lebih-lebih lagi jika ada wasiat. Imam al-Nawawi menyebut bahawa pahala korban yang dihadiahkan kepada si mati adalah harus dan sampai kepadanya.
Terdapat beberapa Kesimpulan daripada persoalan ini:
• Sah dan berpahala buat arwah
• Tanda kasih & penghormatan buat yang telah pergi
• Ahli keluarga lain juga digalakkan berkorban atas nama sendiri jika mampu
Jom hadiahkan korban buat insan tersayang yang telah pergi. Semoga menjadi amal jariah berkekalan.
Unit Dakwah & Penerbitan
================
𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐊𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐈𝐊𝐃𝐌 – https://www.pikdm.org.my/korban-1446h/



