QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan, pembahagian daging atau pel…

Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan haiwan, pembahagian daging atau pelaksanaan rutin tahunan sempena Aidiladha. Dalam al-Quran, Allah menegaskan bahawa nilai sebenar korban tidak terletak pada daging dan darah, tetapi pada taqwa yang mengiringi ibadah tersebut. Allah SWT berfirman:

لَن یَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلَـٰكِن یَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”
(Surah al-Hajj: 37)

Umat Islam seluruhnya perlu mengubah persepsi terhadap konteks ibadah korban. Korban bukan dinilai berdasarkan saiz haiwan, jumlah bahagian, kemeriahan majlis atau pujian manusia. Ukuran utamanya adalah pada keikhlasan niat, kepatuhan kepada syariat, rasa syukur atas nikmat Allah dan kesediaan melaksanakan ibadah semata-mata kerana-Nya.

Dalam konteks 10 awal Zulhijjah, ayat ini mengingatkan bahawa ibadah besar tidak sepatutnya menjadi adat kosong. Korban perlu dilaksanakan dengan kesedaran taqwa, bukan sekadar memenuhi tuntutan sosial atau budaya tahunan.

Yang dinilai Allah bukanlah darah yang mengalir tetapi taqwa yang membentuk cara seseorang beribadah, mengurus amanah dan memperelokkan amalnya.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM
https://linktr.ee/PIKDM

Sumber: Facebook PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image