Education Fair

Tarikh Program: 30 Ogos 2024

Lokasi: Sek Wedo Kg Phum Thmey, Ponhea Kraek District, Tboung Kmum Cambodia

Pelajar terlibat: 133 orang

Umur: 7 hingga 12 tahun

Aktiviti Dijalankan:

  • Pertandingan rekacipta payung terjun.
  • Pelajar dibimbing Tim Bravo 7.0 dalam 10 kumpulan.
  • Pelajar didedahkan skill merekacipta payung terjun dengan bahan yang disediakan, daya kreativiti masing².
  • Aktiviti ‘Learning English’
  • Aktiviti ‘cross puzzle’
  • Kuiz Agama

Rumusan Aktiviti Payung Terjun:

Antara aktiviti yang sangat mendapat perhatian pelajar.

Pendedahan pelajar kepada daya kreativiti, ‘problem solving’ dan semangat mahu hasilkan yang terbaik sebagai juara.

Payung terjun dipertandingkan setelah itu. Kumpulan yang menerbangkan payung terjun paling akhir mendarat ke tanah memenangi pertandingan. Matlamatnya adalah memberi pendidikan dalam pertandingan. Dapat dilihat pelajar² gembira Mahasiswa bersemangat membimbing.

Rumusan Aktiviti ‘Learning English’, Cross Puzzle & Kuiz

Module ini memfokuskan memperkasakan skill memahami bahasa Inggeris melalui ‘puzzles’ dan isi ayat ditempat kosong. Aktiviti ini bagi memperhebatkan kamus bahasa, bacaan, ejaan dan melibatkan aktiviti interaktif berkumpulan dan menyeronokkan. Mahasiswa Bravo akan melaporkan tahap pencapaian I.Q pelajar. Matlamatnya tercapai. Kita lebih tahu apa yang lebih dan kurang pada setiap pelajar. Aktiviti terakhir adalah Kuiz Agama bab adab, ibadah, akidah, dan sirah. Soalan dalam bahasa Inggeris dan khmer.

Alhamdulillah, matlamat tercapai di setiap aktiviti. Fasilitator² Bravo 7.0 dapat mengenalpasti tahap kefahaman pelajar. Mahasiswa Bravo 7.0 mendapat suatu pengalaman yang bermakna menyantuni anak anak fakir miskin di Sek Wedo ini yang pelbagai latarbelakang kisah hidup mereka.

Jazakumulllahhu khayran buat pahlawan kebaikan Bravo 7.0 X PIKDM dan Sek Wedo.

================

Misi Kesukarelawan Antarabangsa PIKDM X BRAVO 7.0. [28Ogos-3Sept]

KG PHUM THMEY SEK WEDO CAMBODIA

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 50762
© 2024 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)