QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Dalam perbincangan mengenai puasa sunat pada 8 dan 9 Zulhijjah, perlu dibezak…

Dalam perbincangan mengenai puasa sunat pada 8 dan 9 Zulhijjah, perlu dibezakan antara anjuran umum beramal soleh dalam 10 awal Zulhijjah dengan sandaran hadis khusus bagi hari tertentu.

Hadis khusus yang menyebut kelebihan puasa pada Hari Tarwiyah, iaitu 8 Zulhijjah adalah tidak sabit sebagai hadis sahih. Oleh itu, puasa pada hari tersebut tidak wajar disandarkan kepada kelebihan khusus puasa Tarwiyah.

Namun, berpuasa pada 8 Zulhijjah tetap termasuk dalam galakan umum memperbanyakkan amal soleh sepanjang 10 awal Zulhijjah. Justeru, puasa pada hari tersebut boleh diniatkan sebagai puasa sunat Zulhijjah, bukan sebagai puasa Tarwiyah yang mempunyai fadhilat khusus.

Adapun puasa pada Hari Arafah, iaitu 9 Zulhijjah, sabit melalui hadis sahih. Rasulullah SAW bersabda:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
(HR Muslim)

Kesimpulannya, 8 Zulhijjah boleh berpuasa sebagai puasa sunat Zulhijjah, manakala 9 Zulhijjah disunatkan berpuasa sebagai puasa Arafah. Kedua-duanya adalah puasa namun yang membezakannya adalah niat.

PERTUBUHAN ILMU KEBAJIKAN DAKWAH MALAYSIA
Ikuti kemaskini aktiviti PIKDM
https://linktr.ee/PIKDM

Sumber: Facebook PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image