Cox’s Bazar: Sebuah Misi, Sebuah Tanggungjawab

Misi ini bukan sekadar lawatan. Ia bukan sekadar penghantaran bantuan. Ia tentang menyaksikan, merasai, dan memahami hakikat kehidupan di sudut dunia yang sering dilupakan.

Pada 23-26 Februari, kami menziarahi enam madrasah tajaan PIKDM di Kem Pelarian Rohingya, Cox’s Bazar. 16 orang guru menerima upah mereka. Upah yang mungkin kecil di mata kita, tetapi bagi mereka, itulah talian hayat untuk terus mendidik.

𝑰𝒉𝒔𝒂𝒏: 𝑩𝒊𝒍𝒂 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑴𝒖𝒍𝒂 𝑴𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂𝒊, 𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒌𝒂𝒅𝒂𝒓 𝑴𝒆𝒍𝒊𝒉𝒂𝒕

Kemanusiaan tidak boleh dipelajari hanya melalui berita. Ia perlu dirasai.

Kami melihat kehidupan mereka yang serba kekurangan, berlantaikan tanah, berbumbungkan atap nipah, plastik nipis, berdindingkan buluh, kanvas, namun diwajah dan hati mereka tetap bertahan dengan senyuman dan semangat juang yang tinggi.

Mereka tidak meminta simpati. Mereka hanya mahu terus hidup. Entah bila mereka terus terpinggir oleh dunia. Warga tanpa negara yang diselamatkan oleh negara jiran Bangladesh yang juga merupakan negara miskin dengan rakyatnya sahaja hampir 180 juta namun masih punya ihsan tinggi atas nilai kemanusiaan. Kini 1.5juta pelarian Rohingya telah ditempatkan di 32 kem di Bangladesh ini. Bukan sikit punya jumlah.Bagaimana mereka mampu bertahan untuk hidup sedangkan mereka bersatus pelarian yang terbatas pergerakan? Difahamkan WFP (World Food Program) antara badan NGO terbesar yang mendanai sumbangan asas seperti beras untuk setiap keluarga mampu bertahan 1 bulan, jika habis mereka perlu tunggu bulan seterusnya. Makan perlu dicatu.

Sewaktu perjumpaaan kami bersama Duta Malaysia di Bangladesh dan UNHCR Bangladesh ini antara maklumat yang kami terima dari mereka:

Kini pada bulan Februari telapun bermula sekatan bantuan makanan dan bantuan kemanusiaan kepada Kem pelarian terbesar di dunia ini. Kami dimaklumkan ‘Trump’ (Presiden U.S) telah melakukan banyak dasar baru seperti menyekat bantuan kemanusiaan dan banyak lagi.

Antara sokongan NGO dunia yang sangat diperlukan oleh UNHCR di Bangladesh ini adalah ‘Pendidikan dan Bantuan Kesihatan’. Fokus UNHCR di Bangladesh adalah menyelamatkan nasib remaja wanita dan penekanan memberi pendidikan kepada pelajar wanita kerana wanita mampu mendidik anak anaknya selain itu fokus skill kemahiran sangat membantu mereka menghadapi hari hari sukar untuk mampu berdikari.

Pertemuan singkat kami bersama wakil UNHCR telah banyak membuka mata kami tentang isu kemanusiaan di kem pelarian Rohingya terbesar di dunia ini yang semakin dilupakan.

Kami belajar dari mereka bahawa pendidikan bukan sekadar hak, tetapi satu-satunya jalan keluar dari kitaran kemiskinan dan penderitaan. Namun, ilmu tanpa asas agama hanya akan melahirkan generasi tanpa arah dan di sinilah kita perlu hadir menyokong, selain ilmu akademik itu penting untuk masa depan anak anak..ilmu asas agama menjadi matlamat utama untuk mengukuhkan akidah dan iman mereka.

Hidup Tanpa Pilihan, Hanya Bertahan.Di sini, tiada istilah selesa, tiada kemewahan untuk dipilih.

Mereka makan bukan kerana lapar, tetapi kerana perlu hidup. Menu yang sama setiap hari, namun tidak ada rasa jemu, tidak ada rungutan.

Mereka menerima kedatangan kami dengan senyuman dan penghormatan seolah-olah menyambut tetamu negara. Padahal mereka sendiri hampir tidak punya apa-apa.

Bayangkan, mereka yang serba kekurangan masih memberi. Sedangkan kita, yang punya segala, sering berkira-kira untuk membantu.

𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏: 𝑼𝒋𝒊𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒆𝒓𝒂𝒅𝒂, 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝑩𝒖𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂

Ramadan tiba lagi..

𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟰 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗵𝘂𝗿. 𝟰𝟱𝟬 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗿𝘂, 𝗥𝗠𝟭𝟴𝟬𝟬 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶.

Adakah jumlah ini besar bagi kita?
Atau adakah kita sekadar melihat tanpa bertindak?

𝐉𝐢𝐤𝐚 𝟏𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐑𝐌𝟏𝟖𝟎 𝐬𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢. 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝟏𝟎𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐌𝟏𝟖 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐩𝐚𝐫.

Kita sering berbicara tentang kemanusiaan.
Tetapi adakah kita benar-benar bertindak untuknya?

Mereka tidak meminta lebih.
Cukuplah sekadar tidak lapar di bulan mulia ini.

𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗺𝗽𝘂, 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶
𝗦𝗲𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀 𝗻𝗮𝘀𝗶, 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗿𝘂𝗽 𝗮𝗶𝗿,
𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮, 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.
𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵,
𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂.

𝗜𝗻𝗳𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗱𝗮, 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.

CARA MUDAH INFAK KLIK DISINI – https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1446h-2025

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 65135
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)