Skip to content

Bukan Sekadar Suap

Makanan adalah antara nikmat paling dekat dengan kehidupan manusia. Namun, hakikatnya makanan bukan sekadar sumber tenaga, bahkan ia merupakan tanda kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang mengatur seluruh proses kejadian alam.

Proses kejadian makanan bermula dengan turunnya hujan, bumi yang merekah, lalu tumbuh pelbagai hasil seperti bijirin, buah-buahan, sayuran, zaitun, kurma, serta rumput untuk ternakan. Setiap bahagian daripada kitaran ini menunjukkan peranan Allah SWT sebagai Pencipta dan Pentadbir alam.

Apa yang manusia nikmati setiap hari sebenarnya melalui susunan yang sangat rapi dan mustahil berlaku tanpa campur tangan Ilahi. Inilah bukti nyata yang membawa manusia kepada kesedaran tentang tauhid dan kebergantungan mutlak kepada-Nya.

Daripada perintah renungan kepada makanan ini, manusia sepatutnya belajar untuk bersyukur atas nikmat yang tidak putus-putus dikurniakan. Kesedaran bahawa makanan datang daripada Allah SWT mendidik kita untuk mengutamakan taqwa, menjauhi kesombongan, serta menghargai setiap rezeki.

Pada masa yang sama, ia mengingatkan agar kita tidak lalai dengan nikmat, sebaliknya menjadikan ia sebab untuk tunduk, taat, dan kembali kepada jalan yang benar.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Floating Image