Sertai Ibadah Korban Bersama PIKDM 1446H / 2025

Hari
Jam
Minit
Saat

Bimbinglah Kami

Dialog Guru Madrasah PIKDM di Cox’s Bazar, Bangladesh (Pelarian Rohingya)

“Kami reda jadi pelarian. Inilah ujian yang Allah beri kepada kami dan kami diajar untuk tetap bersyukur.
Walau hidup dalam kem pelarian seperti reban ayam, berdinding plastik dan berlantaikan tanah, kami masih ada tempat berlindung. Kami masih ada iman. Kami masih boleh jadi hamba yang sujud, berpuasa, dan berdakwah dalam serba kekurangan ini.”

“Saya faham apa ertinya rasa takut, hilang dan kehilangan. Sebab itu saya ajar anak-anak pelarian ini bukan sekadar hafalan Quran. Saya ajar mereka untuk kuat, untuk hidup dengan Allah dalam hati mereka walau dunia di luar tak peduli.”

“Kami tak pernah terfikir mahu hidup mewah. Kami tak minta rumah atau keselesaan keluarga kami. Cuma satu sahaja kami minta tolong, “selamatkan anak-anak ini”. Biar mereka ada masa depan. Biar mereka tahu mereka masih ada harga di sisi Tuhan.”

“Saya merayu pada umat Islam yang hidup dalam aman bantulah madrasah kami di sini. Kami perlukan sedikit sumbangan untuk gaji guru.
Cukuplah agar mereka terus khidmat dengan tenang. Mereka juga ada anak. Mereka juga perlukan makan dan minum. Mereka tak minta lebih. Asal cukup makan, sudah Alhamdulillah.”

“PIKDM sudah banyak bantu kami. Tapi kami tahu, kami tak mampu bantu PIKDM untuk tampung dana setiap bulan.Kami hanya mampu minta pada Allah… supaya Allah hantar hamba-hambaNya yang sudi bantu PIKDM, agar madrasah ini terus hidup. Agar anak-anak ini tidak padam harapan.”

Kami percaya:
Jika satu jiwa kembali kepada Allah kerana usaha ini,
dan kerana seorang guru yang ditaja,
itu lebih berharga dari seluruh dunia dan isinya.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 74155
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)