QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

BILA BELUM TERKENA, KITA RASA IA BUKAN URUSAN KITA.

BILA BELUM TERKENA, KITA RASA IA BUKAN URUSAN KITA.

Gempa bumi berlaku berulang kali di negara jiran. Selagi Malaysia tidak terasa gegarannya, kita masih boleh ketawa, bergurau dan sibuk dengan cerita siapa nak kahwin, siapa menang pertandingan, siapa sedang viral.

Bukan salah berhibur.
Yang membimbangkan apabila hati kita sudah tidak terusik melihat musibah manusia lain.

Hari ini rumah mereka yang bergoncang.
Hari ini keluarga mereka yang ketakutan.
Hari ini mereka yang kehilangan tempat tinggal dan memerlukan bantuan.

Kita?

Alhamdulillah, Allah masih memberi keamanan.

Tetapi jangan sampai nikmat keselamatan menjadikan kita lalai, bukan bersyukur.

Musibah orang lain bukan bahan tontonan semata-mata. Ia teguran untuk kita yang masih selamat — supaya lebih peduli, lebih bersedia, lebih banyak berdoa dan lebih ringan menghulurkan bantuan.

Kita tidak perlu menunggu bumi di bawah kaki sendiri bergoncang untuk belajar erti empati dan kemanusiaan.

Hari ini mereka diuji. Kita pula sedang diuji — adakah kita peduli?

PIKDM

www.pikdm.org.my

Sumber: Facebook PIKDM

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image