QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Bertawasul Dengan Asma Al Husna & Sifat Allah

Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang ditimpa kesedihan atau kegundahan, lalu dia berkata:

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di tangan-Mu, berlaku padaku keputusan-Mu, adil padaku ketetapan-Mu. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau miliki, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau ajarkan kepada salah seorang dari makhluk-Mu, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, penghilang kesedihanku, dan penghapus kegundahanku.

Melainkan Allah akan menghilangkan kegundahan dan kesedihannya serta menggantinya dengan kegembiraan.

Lalu ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bolehkah kami mempelajarinya? Baginda menjawab: Ya, sepatutnya bagi siapa yang mendengarnya mempelajarinya.
(HR Jami‘ al-Tirmidhi: Sahih)

Pengajaran:

  1. Tawassul dengan nama-nama Allah yang mulia — sama ada disebut dalam al-Quran, diajarkan kepada makhluk, atau disimpan dalam ilmu ghaib — adalah cara yang sangat mustajab untuk memohon kepada Allah serta menghilangkan kesedihan dan kegundahan.
  2. Setiap orang yang mendengar doa ini dianjurkan untuk mempelajarinya dan mengamalkannya, kerana ia mengandungi adab dan keutamaan dalam berdoa dengan tawassul kepada Allah melalui nama dan sifat-Nya.
  3. Antara tawassul lain yang dibenarkan dalam Islam ialah bertawassul dengan amal soleh yang ikhlas. Namun sebaiknya cara ini tidak dijadikan kebiasaan agar ganjaran amal soleh tersebut disimpan untuk manfaat akhirat kelak.

Marilah bersama mengejar dan menyebarkan kebaikan Ramadan!

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 107630
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image