QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Berita Duka dari Team Relawan Asar Humanity – Indonesia

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

PIKDM menerima khabar duka daripada rakan strategik pelaksana projek kemanusiaan PIKDM di Indonesia, Asar Humanity.

Semasa Misi Bantuan Banjir ke Aceh Timur, kenderaan 4×4 pasukan relawan Asar Humanity telah terlibat dalam kemalangan ketika menghantar bantuan ke Kecamatan Pantee Bidari.

Kemalangan tersebut mengakibatkan:

  • 2 orang meninggal dunia
  • 5 orang mengalami kecederaan dan patah

Pasukan relawan ini adalah antara yang pernah menguruskan projek Water Tank PIKDM di Acheh Indonesia sebelum ini.

PIKDM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan seluruh pasukan Asar Humanity. Semoga Allah mengangkat darjat mereka sebagai syuhada yang berjuang di jalan kebajikan.

Doa kami buat semua jenazah yang terbunuh akibat banjir badang ini:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ

Mohon doa.
Doakan urusan Misi Bantuan PIKDM ke Aceh & Medan minggu ini dipermudahkan dan dilindungi Allah.

Pada Selasa 9 Disember, PIKDM telah menyalurkan sumbangan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir di Aceh (paling utara Pulau Sumatera) dan Medan (kawasan Provinsi Sumatera Utara) berjumlah RM3,000 bantuan agihan makanan, air bersih dan water tank.

Bantuan terpaksa disalurkan segera kerana keadaan di lapangan sangat mendesak dan memerlukan bantuan segera.

Lebihan dari dana terkumpul RM5K++ kini akan disalurkan ke negeri Perlis untuk beberapa mangsa banjir yang dikenalpasti:

  • Rumah Transit Ibu Tunggal
  • OKU

Sasaran RM15K masih diteruskan untuk fasa seterusnya yang lebih banyak lagi memerlukan sokongan bantuan dan sumbangan. PIKDM komited membantu pada yang memerlukan selagimana sokongan dana disokong dan dibantu.

Semoga Allah menjaga para relawan, menguatkan sabar mangsa-mangsa banjir yang diuji, dan memelihara semua yang berbakti untuk ummah. Allahumma Aameen.

https://www.pikdm.org.my/donations/dana-kilat-mangsa-banjir/

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image