๐ฉ๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐ & ๐จ๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐ ๐
๐ ๐ฒ๐๐ ๐น๐๐๐๐.
Ramadan tahun sebelum ini PIKDM berjaya sempurnakan program iftar pek dengan kerjasama NGO di Khan Yhunis melakukan aktiviti memasak dari dapur bertaraf katering dan menu Nasi Arab yang sangat istimewa dipek dan dihantar kepada penghuni yang menginap dibawah khemah, dialam runtuhan rumah yang masih boleh diduduki mereka tetap meneruskan kehidupan..tahun ini sekali lagi program iftar pek Ramadan sumbangan penginfak PIKDM tetap diteruskan dengan menggunakan khidmat bantuan NGO yang baru diperkenalkan pada kami. Program agihan PIKDM kali ini terpaksa menunggu sedikit lama untuk disempurnakan memandangkan terlalu ramai NGO hulurkan bantuan yang perlu diuruskan wakil kami disana.
Alhamdulillah sokongan dunia terhadap Gaza tidak sepi. Diharapkan tidaklah terus sepi selepas Ramadan berlalu pergi. Mereka masih terus perlukan sokongan dunia dan Islam khususnya..doa kita sentiasa ada untuk mereka.
Tahun ini program diberi nama ‘Dapur Gaza’ kerana masakan dimasak didalam kawah diagihkan panas panas terus pada mangsa perang yang berada di khemah masingยฒ. Keadaan mereka menadah Pek makanan dan air sangat menginsafkan kita yang diberi banyak nikmat. Hasbuna Allah wa nem alwakil..cukuplah sekadar itu tulisan ini kerana kita masih tak mampu selamatkan rakyat Gaza, sebaliknya kita yang perlu belajar semangat rakyat Gaza.
Dana yang disumbangkan PIKDM tidaklah banyak namun kami berusaha cukupkan selagi mereka mahu dibantu. RM9K++ diperuntukkan untuk tujuan ini.
===============
Jazakumullahhu khayran buat para penginfak PIKDM yang budiman.
Salah satu rezeki terus berkah dengan bersedekah.
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Bismillah….
https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1445h-2024
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]
ย