Bangkit Melangkah Terus Ke Puncak

Salam Kemerdekaan dari Team PIKDM. Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos yang ke 65, rakyat jelata menyambut penuh makna tahun ini setelah hampir 2 tahun tiada sambutan hari merdeka. PIKDM juga mahu merakam hari bersejarah ini buat julung kalinya PIKDM mengadakan program Hiking Merdeka 2022 yang bermula seawal jam 7am dan berakhir 11am, 2 bukit kami jejaki buat pertama kalinya, Bukit cerakah dan Bukit Botak di Puncak Alam.

Team PIKDM telah berkesempatan turut bersama pasukan para belia negara Malaysia kalangan pelajar² tingkatan 5 dari SKI Klang yang turut sama ber’hiking’ bersama kami. Terimakasih juga kepada PPD Klang Tuan Lutfi yang hadir di lokasi merasmikan program belia negara yang kami berkesempatan berkenalan. Semangat Merdeka dirasai bilamana bendera Malaysia dikibarkan di puncak bukit. Kita hanya membawa semangat yang telah lama diperjuangkan orang terdahulu kita.

Mengimbau kemenangan bersejarah negara bebas dari jajahan, beberapa tahun ini kita semua diberi sedikit ujian dari Allah..satu dunia telah dijajah makhluk Covid yang telah membuatkan banyak nyawa yang hilang dan kejatuhan ekonomi yang paling dasyat dalam sejarah telah merekodkan satu sejarah baru. Menyorot sejarah banyak memberi kesan mendalam buat yang mahu menghayati betapa sejarah itu ada kisah pahit manis, suka duka dan perjuangan getir untuk terciptanya sesuatu kejayaan.

Kita sorot pula perjuangan pahlawan merdeka mengingatkan kita betapa mereka telah berkorban nyawa demi sebuah kemenangan semalam untuk kita kecapi hari ini. Begitu jugalah kita menyorot perjuangan para anbiya dan para ilmuan yang telah berjuang untuk menyebarkan syiar Islam dan memandaikan umat hingga kita semua mampu kecapi erti kemerdekaan yang hakiki iaitu merdeka kejahilan kepada kecelikan ilmu. Merdeka itu luas definasinya..yang mahu dimaknai disini bukan sahaja bebas dari penjajah..kita semua sedang berusaha memerdekakan diri kita khususnya dan ummah amnya dari kegelapan kepada cahaya iman dan ilmu.

Bagaimana kita memaknai erti merdeka itu bukan pada laungan dan kegembiraan semata². Merdeka itu pada penghayatan perjuangan dan pengorbanan. Sempena Hari Kemerdekaan ini Team PIKDM mahu memaknai erti penat lelah dan semangat juang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab pada masyarakat dan ummah ini dengan slogan Bangkit melangkah terus ke puncak Mungkin ada diantara kita yang sudah mahu rebah dan mengalah..namun kita perlu bangkit dan melangkah demi ilmu amal dan ihsan untuk terus ke puncak. Puncak tak mungkin kita kecapi tanpa daya usaha dan keazaman. Puncak kejayaan yang sebenar adalah syurgaNya.

Mahu berjuang perlu bangkit dan meneruskan langkah..untuk sampai ke puncak tujuan perlu ada istiqomah dan usaha yang berterusan. Tiada siapa yang dapat membantu kita dalam melakukan kebaikan dan amal soleh kecuali diri kita dan sokongan dari orang sekeliling kita dan Allah jualah yang mengizinkan semuanya. Ramai lagi diluar sana yang perlu kita merdekakan. Hayati setiap nilai memberi dan berbakti.

PIKDM sempat merakam kenangan bersama pelajar² SKI KLANG di Hari Merdeka🇲🇾 yang ke 65. Remaja hari ini bakal mengubah masa depan dan ummah. Laungan slogan PIKDM “Bangkit melangkah terus ke puncak”

Salam Kemerdekaan yang ke 65 dari PIKDM.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui link : https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-kebajikan-pikdm/

ATAU ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Ikuti PIKDM

Tadabbur Al-Quran

Buletin & Aktiviti

Projek Terkini PIKDM

Projek Angkat 2024 Keseluruhan Senarai Projek

Projek Angkat PIKDM 2024

Kami sentiasa menjalankan projek dakwah dan kebajikan. Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat. Klik pautan kempen dbawah untuk menyumbang.

INFAK SEKARANG
Zakat

Zakat Online

Anda kini boleh membayar zakat secara online dan sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

BAYAR ZAKAT ONLINE

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia