Ayuh Ke Sekolah

Akil memandang kasutnya yang sedikit koyak di hujung, tapak kasut sudah haus. Dia menghela nafas lembut. Hari pertama kembali ke sekolah sepatutnya tidak sabar mahu berjumpa kawan dan guru, tetapi hatinya berat kerana masih memakai kasut lama tanpa diganti baru disebabkan ayah tak mampu beli baru.

Di hadapan rumah, ayah duduk di atas pangkin kayu, wajahnya redup namun penuh harapan sementara ibu sedang melayan adik adik di dapur. Akil menghulurkan tangan mahu salam ayah disambut ayah dengan tangannya yang kasar, tanda bertahun mencari rezeki. Dia memegang sebatang pensel kecil, diberikan kepada Akil.

“Kenapa muram, nak?” suara ayah lembut, tetapi tegas.

Akil mengangkat wajah. “Ayah, apa gunanya sekolah kalau akhirnya kita tetap miskin?”

Ayah tersenyum, matanya redup tetapi penuh keyakinan. Dia mengambil pensel itu, menuliskan sesuatu di atas tanah yang kering.

“Ilmu itu milik semua. Ia tidak memilih kaya atau miskin. Tapi ilmu boleh mengubah takdir.”

Akil membaca kata-kata itu. Tangannya mengengam erat pensel kecil itu.

“Akil, ayah dan ibu tidak mampu memberi harta, tapi kami mampu memberi harapan. Dan harapan itu ada di sekolah.”

Akil menelan air liur. Matanya bergenang.

Dia mengangguk. Memasukkan pensel itu ke dalam poketnya. Kasutnya masih koyak, bajunya masih lusuh, tapi langkahnya kali ini penuh tekad.

Kerana dia tahu pendidikan adalah satu-satunya jalan keluar dari kemiskinan.

Dan hari itu, dia melangkah ke sekolah dengan janji. Dia akan kembali sebagai anak yang mengubah nasib keluarganya.

“Ilmu tidak pernah memilih siapa yang layak. Tetapi mereka yang menuntutnya dengan tekad dan kesungguhan, akan menemukan cahaya yang mampu mengubah dunia.”

Selamat Kembali Ke Sekolah.

Klik link Infak disini:
https://www.pikdm.org.my/donations/tabung-pendidikan/

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 65126
© 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)