Alhamdulillah setiap minggu ISNIN tajaan IFTAR ke Maahad Tahfiz Darul Hijrah akan dihidangkan dengan Menu Nasi Arab DIMA. Saban tahun mereka memilih menu ini. Kita penuhi prrmintaan mereka asalkan tiada pembaziran. Tahun ini kuantiti dikurangkan tapi menu di’upgradekan’. Set Nasi Arab Kambing DIMA RM18 satu set dihantar setiap minggu ke DH. RM900 sahaja dibelanjakan seminggu. Kita tidak menaja sebulan disini kerana mereka masih mampu masak dan bahan keperluan telah pun PIKDM sediakan setiap bulan. Kalau waktu bukan bulan Ramadan pun mereka sangat berjimat cermat tiada pembaziran..apatahlagi Ramadan. Mereka disini jika menikmati makanan enak yang sedap pasti akan teringat kaum keluarga sahabat handai mereka di Kem Coxs Bazar Bangladesh yang serba kekurangan zat makanan berbanding disini. Pembaziran amalan syaitan..bila saat kita menikmati makanan sedap ingatlah orang² yang hanya menikmati makan untuk nikmat kenyang semata..ada juga yang tak kenal erti kenyang. Makan sekadar untuk hidup.
Kita sudah memasuki Ramadan ke 20. 10 hari yang berbaki ini jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja..perhebatkan amalan masing².
[INSERT_ELEMENTOR id=”16857″]