Aktiviti Pada 7 September 2023 Peserta Seramai 94 Orang Pelajar Tahun 1,2 dan 3 Dari Sekolah Dasar Cianjur

Yuk Sihat Bareng
 
Aktiviti ini diadakan pada 7 September 2023. Peserta seramai 94 orang pelajar tahun 1,2 dan 3 dari Sekolah Dasar Cianjur.
 
Projek ini melibatkan pasukan Medik dari Klinik Kesihatan Universiti Malaya yang terdiri daripada:
 
1.Dr Zuraidah Binti Mohamed
2. Nurul Azura Binti Zamari
3. Mas Zaidatul Syazana Binti Abdul Khalid
 
Turut dibantu oleh ahli BRAVO, PIKDM & ASAR Humanity.
 
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama adalah cara mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer, mencuci rambut dan memberus gigi dengan cara yang betul.
 
Untuk aktiviti mencuci tangan yang diketuai oleh Puan Mas Zaidatul Syazana Binti Abdul Khalid. Beliau mengajar anak-anak mencuci tangan mengikut langkah yang betul antaranya gosok tapak tangan,gosok setiap jari dan celah-celah jari,gosok kuku pada tapak tangan dan gosok belakang tangan.
 
Aktiviti disambung dengan cara mencuci rambut yang diketuai Fasilitator dari BRAVO. Anak-anak diajar cara- cara mencuci rambut dengan tertib:
 
  1. Membasahkan rambut
  2. Melumurkan syampu di kepala
  3. Mengurut bahagian kepala
  4. Bilas sehingga bersih dan dikeringkan.
 
Aktiviti cara memberus gigi dengan betul:
 
  1. Fasilitator
  2. Memberus pada semua bahagian gigi, iaitu bahagian luar, dalam ,atas permukaan gigi dan celah-celah gigi.
  3. Permukaan luar dan dalam,berus diletakkan pada kecondongan 45 darjah dan memulakan memberus dari gusi ke gigi.
  4. Akhir sekali untuk permukaan mengunyah, berus gigi dipegang mendatar dan diberus ke belakang dan ke hadapan.
 
Anak-anak ini juga diberi ganjaran berupa vitamin C,berus gigi dan ubat gigi setelah mereka selesai melaksanakan aktiviti yang dijalankan.
 
Walaupun pada awalnya agak mencabar dimana terdapat perbezaan bahasa namun sambutan daripada anak-anak ini sangat luar biasa.
 
Sokongan dari ibu bapa yang turut terlibat menjayakan aktiviti ini sangat membanggakan.Sebagai pengisian rohani,kami juga sempat mengedarkan buku zikir pagi petang kepada ibu-bapa yang hadir ketika itu.
 
Semoga dengan adanya aktiviti sebegini anak-anak ini dapat mempraktikkan amalan penjagaan diri dengan betul dan dijadikan sebagai rutin harian mereka.

Penyertaan & Sumbangan Projek Angkat 2023https://projek2023.pikdm.org.my

Infaq Potongan Bulanan Secara Auto Debit : https://infaqbulanan.pikdm.org.my

Infaq Tabung Dana Kuliah : https://infaqsubuh.pikdm.org.my

Pembelian Buku Zikir Pagi & Petang : https://www.pikdm.org.my/bukuzikir

 

ATAU terus ke akaun

5627 4015 5175Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

 

Sebarang Pertanyaan :

Pn Lynnda Abbas – Whatsapp : https://wa.link/85adwi

Pn Shaliza – Whatsapp : https://wa.link/j7irlz

CIK Alyssa – Whatsapp : https://wa.link/7euwpc  

 

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

(PPM-030-10-18122019)

Pautan

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

5627-4015-5175

© Hak Cipta Terpelihara 2023 - Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

Buku-zikir-Beli-Infak-Floating