Air Untuk Semua – Projek Infak Air Bersih (Water Tank) Indonesia Siri ke 7

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ธ ๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ต
(๐—ช๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ธ) ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ป๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ 7.

  • Lokasi Projek : Desa – Normal
  • Kecamatan : Omesuri
  • Kabupaten : Lembata
  • Provinsi : Nusantara Tenggara Timur
  • Tarikh : 16/8/2024 (Jumaat)
  • Waktu : 2:00pm – 6.00pm
  • Penerima Sumbangan : 100 Keluarga
  • Biodata Penerima Manfaat : Fakir Miskin / Masyarakat Lain

Sumbangan Air Bersih di Desa Normal Amanah Dari Masyarakat Malaysia

Lembata, 16 Ogos 2024 โ€“ ASAR Humanity Cawangan Lembata telah menyalurkan bantuan air bersih sebanyak 5,000 liter kepada masyarakat Desa Normal, Kecamatan Omesuri, Kabupaten Lembata, Provinsi NTT. Bantuan ini merupakan amanah daripada Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM).

Penyaluran air bersih ini dilakukan sebagai respons terhadap musim kemarau yang melanda Kecamatan Omesuri, khususnya Desa Normal. Kekeringan yang berpanjangan telah menyebabkan masyarakat tempatan mengalami kesulitan mendapatkan air bersih untuk kegunaan harian.

Penyaluran air bersih ini dikoordinasikan secara langsung oleh Jamaludin, Staf Program ASAR Humanity Cawangan Lembata. Jamaludin menyatakan bahawa bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban masyarakat yang terkesan oleh kekeringan.

โ€œKami berharap dengan adanya bantuan air bersih ini, masyarakat Normal dapat dibantu dalam memenuhi keperluan air bersih mereka, terutama untuk keperluan minum dan memasak,โ€ ujarnya.

ASAR Humanity Cawangan Lembata mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada *Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia* atas kepercayaan dan sokongannya.

Bantuan yang diberikan ini bukan sahaja membantu masyarakat secara langsung, tetapi juga mempererat hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara.

Masyarakat Normal menyambut baik bantuan ini dengan penuh rasa syukur. Encik Jamaludin menyampaikan penghargaan kepada ASAR Humanity Cawangan Lembata dan Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia.

โ€œBantuan air bersih ini sangat bermakna bagi kami. Kami berterima kasih kepada Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia atas perhatian dan keprihatinan mereka terhadap keadaan kami,โ€ ujarnya.

ASAR Humanity Cawangan Lembata akan terus komited untuk membantu masyarakat yang memerlukan, baik melalui program bantuan air bersih mahupun program-program kemanusiaan yang lain.

Sokongan daripada pelbagai pihak sangat diharapkan agar PIKDM dapat terus menjalankan misinya dalam membantu sesama manusia.

Jazakumullahu khayran buat para penginfak budiman

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon Pikdm

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 59721
ยฉ 2025 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)