DI SEBALIK AIR BERSIH WATER4LIFE
Penantian panjang penduduk Kampung Hujung, Pulau Jambongan akhirnya menjadi kenyataan. Menurut perkongsian Ustaz Azam yang sebak, ada penduduk berusia 80 tahun baru pertama kali menikmati bekalan air bersih seperti ini.
Air daripada kolam takungan sedalam 10 kaki melalui enam tangki dan sembilan peringkat rawatan, termasuk penapisan dan UV. Panel solar pula membekalkan tenaga kepada sistem rawatan, sekali gus memberi manfaat kepada Masjid An-Naim yang selama ini bergantung sepenuhnya pada genset.
Mula dibina: 1 September 2025
Siap: 1 April 2026
Dirasmikan bersama IHSANKU & PIKDM: 26 Oktober 2026
Terima kasih kepada Ihsanku selaku penaja utama, para penyumbang PIKDM serta MADS selaku rakan pelaksana.
Dengan izin Allah, usaha bersama ini menunaikan sebuah harapan. Semoga setiap titis air yang dimanfaatkan menjadi pahala berterusan buat semua.
#PIKDM #Ihsanku #Water4Life #MADS #pulaujambongan
Video: Lihat video di Facebook
Sumber: Facebook PIKDM








