اللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Dalam menghitung 100 hari menuju Ramadan, siapkanlah hati kami untuk kembali mendekati-Mu. Ampunkan dosa kami, perbaikilah amalan kami dan kurniakanlah kesihatan serta kelapangan untuk beribadah.
Ya Allah, izinkan kami dan insan tersayang menyambut Ramadan dalam iman dan kesejahteraan. Bantulah kami berpuasa, menghidupkan malam dan membaca al-Quran dengan penuh keikhlasan.
Jadikanlah Ramadan yang mendatang asbab keampunan dan perubahan yang berkekalan dalam hidup kami.
Amin ya Rabbal ‘alamin.
Sumber: Facebook PIKDM








