MENGAPA MISI SABAH INI SANGAT BERMAKNA BUAT PIKDM?
Dua Projek Angkat PIKDM, iaitu MADS Pulau Jambongan dan SAR Al-Fareed, terletak jauh di pedalaman Sabah. Misi kali ini lebih tertumpu pada MADS serta masyarakat di Pulau Jambongan.
Jarak dan kos perjalanan membataskan kemampuan kami untuk hadir menziarahi, menyantuni serta melaksanakan program dakwah dan kebajikan secara berkala.
Bukan setiap bulan, malah dua kali setahun pun belum tentu termampu. Sedaya upaya, kami usahakan untuk hadir sekali setahun. Itulah juga harapan pihak MADS dan masyarakat kampung yang menantikan kunjungan kami.
Misi pada 25–29 Oktober 2026 ini membawa makna yang besar. Selain merasmikan projek Sistem Air Bersih Water4Life, PIKDM turut menyusun program bimbingan rohani dan sahsiah, dakwah serta santunan kebajikan untuk memanfaatkan kunjungan yang terbatas ini.
Untuk sampai ke Pulau Jambongan, pasukan kami perlu menempuh perjalanan udara, darat dan laut. Setiap peringkat melibatkan kos, di samping keperluan bantuan, pelaksanaan program dan petugas sepanjang misi.
MENGAPA SASARAN DANA MISI INI RM29,000?
Perincian anggaran kos serta nilai tajaan yang dikongsikan membantu menjelaskan keperluan keseluruhan misi ini. Kami turut mengecilkan peruntukan jamuan sekampung dan sumbangan kepada asnaf agar pelaksanaannya sepadan dengan kemampuan dana.
Alhamdulillah, pihak MADS dan penduduk kampung menaja sepenuhnya penginapan serta makan minum pasukan PIKDM sepanjang berada di Pulau Jambongan. Sokongan ini sangat besar maknanya dan membantu meringankan kos misi.
Dahulu, PIKDM masih mampu menggunakan sebahagian dana pengurusan untuk menampung kos perjalanan dan pelaksanaan misi. Kini, kemampuan itu amat terbatas. Sejak awal tahun, kami terpaksa berjimat dalam banyak urusan kebajikan dan dakwah kerana kekangan dana.
Ada usaha yang terpaksa dikecilkan, ada yang perlu ditangguhkan. Hasrat dan semangat kami tetap ada, namun pelaksanaannya bergantung pada dana yang tersedia.
Kami berkongsi keadaan ini agar para penginfak memahami keperluan misi serta amanah yang sedang kami usahakan bersama. Setiap sumbangan diurus dengan telus dan penuh tanggungjawab.
Sokongan para penginfak membolehkan PIKDM terus hadir menyantuni masyarakat, mendampingi anak-anak dan guru, serta meneruskan usaha kebajikan, kemanusiaan dan dakwah.
SALURKAN SUMBANGAN ANDA
Maybank: 5627 4015 5175
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
Kod rujukan: MPKW
KLIK PAUTAN INFAK DI SINI
https://www.pikdm.org.my/donations/mkpw/
Pautan PIKDM:
Pertanyaan:
Terima kasih kepada para penginfak budiman kerana terus bersama PIKDM. Semoga Allah menerima setiap sumbangan dan usaha ini sebagai amal soleh yang berpanjangan manfaatnya.
*
Kos anggaran boleh berubah mengikut kesesuaian dana kutipan terkumpul.
#PIKDM
#MISIKEMANUSIAAN
#pendidikan
#Dakwah
#Infak
#Wakaf
#Water4Life
#Mpkw
#PulauJambongan
#Mads
#SArAlfareed
Sumber: Facebook PIKDM







