Skip to content
Buletin & aktiviti

Misi Kemanusiaan, Kebajikan & Pendidikan PIKDM ke Sandakan Sabah

MISI KEMANUSIAAN, KEBAJIKAN & PENDIDIKAN PIKDM KE SANDAKAN SABAH.

Pulau Jambongan & Beluran, Sabah

25–29 Oktober 2026

Insya-Allah, PIKDM akan kembali menyantuni pelajar, guru dan masyarakat melalui program pendidikan, dakwah serta bantuan kebajikan.

Misi ini meneruskan hubungan yang dibina melalui Projek Angkat PIKDM di samping memantau perkembangan dan menyantuni masyarakat setempat.

Antara pengisian utama misi:

  1. Perasmian Projek Air Bersih WATER4LIFE Kerjasama PIKDM × IHSANKU, pada 26 Oktober 2026 di Kampung Hujung.
  2. Program Pendidikan [bimbingan rohani dan sahsiah] bersama pelajar SK Malalin, menggunakan modul PIKDM.
  3. Ziarah dan pantauan Projek Angkat PIKDM di Madrasah Darus Sunnah (MADS), Kampung Malalin serta semua cawangan MADS.
  4. Ziarah dan pantauan Projek Angkat PIKDM di SAR Al-Fareed, Beluran, melibatkan 20 orang pelajar tajaan PIKDM.
  5. Santunan dan bantuan kebajikan kepada komuniti setempat, termasuk agihan Dapur Pek serta aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan.

*Program tertakluk kepada perubahan dan dana kutipan/tajaan.

Semoga misi ini dapat memenuhi keperluan asas masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan ilmu, sahsiah dan kesejahteraan komuniti.

SASARAN DANA MISI: RM29,000

Dana ini diperlukan untuk menampung pengangkutan, program pendidikan dan dakwah, bantuan kebajikan, santunan komuniti serta keperluan operasi sepanjang misi.

Kami mengharapkan sokongan para penginfak budiman melalui sumbangan, doa dan perkongsian hebahan ini. Setiap sumbangan membantu kami menyempurnakan amanah dan menyampaikan manfaat kepada masyarakat di sana yang sentiasa menantikan kedatangan kami untuk mengisi jiwa mereka dengan pesan dan nasihat khususnya buat pelajar yang serba kekurangan akses ilmu dan infrastruktur yang masih jauh ketinggalan dari kita dibandar..namun mereka tetap bersemangat mahukan ilmu dan bimbingan berterusan. Menggunung harapan kami agar dana sasaran ini dapat dicukupkan segera agar Misi ini dapat disempurnakan seperti yang dirancang. Bismillah..

SALURKAN INFAK ANDA

https://www.pikdm.org.my/donations/mkpw/

Maybank: 5627 4015 5175

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia

KOD INFAK: #mkpw

PERTANYAAN

Pn Lynnda Abbas: 013-370 9583

Pn Shaliza Isa: 019-227 4232

Cik Alyssa Diyana: 019-386 4245

Pn Salmi: 012-307 0960

Bersama menyambung usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan.

https://www.pikdm.org.my

#PIKDM #MisiSabah2026 #PulauJambongan #Mads #SARAlFareed #Beluran #Water4Life #AirBersih

Sumber: Facebook PIKDM

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image