LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK TEBAR BENIH IKAN
Program Kemandirian Makanan Pesantren
Kerjasama: PIKDM & Asar Humanity Indonesia
Lokasi Pelaksanaan
Pondok Pesantren Ar Rahman Quranic College
Kampung Cirimpak, Desa Megamendung, Kecamatan Megamendung, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Tarikh Pelaksanaan
6 Julai 2026
Bantuan yang Disalurkan
3,000 ekor benih ikan tilapia (nila).
Penerima Manfaat
200 orang pelajar (santri) Pondok Pesantren Ar Rahman Quranic College.
Latar Belakang Projek
Pesantren bukan sekadar institusi pendidikan agama, malah berperanan membentuk kemandirian ekonomi serta ketahanan makanan para pelajarnya. Seiring peningkatan kos operasi dan keperluan harian, projek yang memberi manfaat jangka panjang amat diperlukan.
Melalui program ini, sebanyak 3,000 ekor benih ikan tilapia telah disumbangkan untuk diternak di kolam pesantren. Selain menjadi sumber protein yang berkhasiat, projek ini turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai penternakan ikan, pengurusan aset produktif dan pembangunan ekonomi berasaskan pesantren.
Pelaksanaan Projek
Pelaksanaan projek melibatkan beberapa peringkat, antaranya:
- Penyelarasan bersama pihak pengurusan pesantren.
- Pemeriksaan kesiadaan kolam ternakan.
- Penyediaan dan penghantaran benih ikan.
- Penyerahan simbolik bantuan.
- Pelepasan 3,000 ekor benih ikan ke kolam ternakan.
- Taklimat ringkas mengenai penjagaan ikan.
- Dokumentasi dan pemantauan awal.
Hasil Pelaksanaan
Alhamdulillah, projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar atas sokongan penginfak yang budiman akhirnya dana ini berjaya dicukupkan juga walau hampir setahun dana ini tertangguh hingga terpaksa bertukar lokasi pesantren yang baru ini disebabkan pesantren yang awal sangat memerlukan benih ikan ini untuk bekalan bulan ramadan pada tahun lepas telah pun didanai penaja lain.
Pondok Pesantren Ar Rahman Quranic College.telah dipilih sebagai lokasi yang dikenalpasti untuk projek ini memandangkan kolam ikan sudah lama tersedia hanya menunggu benih ikan untuk ditebarkan..
Sebanyak 3,000 ekor benih ikan tilapia telah berjaya dilepaskan ke kolam ternakan bagi menyokong program kemandirian makanan untuk 200 orang pelajar di Pondok Pesantren Ar Rahman Quranic College ini.
Pihak pengurusan dan para pelajar menyambut baik inisiatif ini kerana ia bukan sahaja membantu menyediakan sumber makanan berprotein pada masa hadapan, malah menjadi medium pembelajaran praktikal serta membuka peluang pembangunan ekonomi yang lebih mampan untuk pesantren.
Semoga hasil tuaian nanti dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga pesantren serta menjadi asbab kepada kelangsungan program ekonomi berdikari yang memberi manfaat berpanjangan.
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang PIKDM yang telah bersama menjayakan projek ini. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah SWT.
Insya-Allah, dalam tempoh kira-kira dua bulan, PIKDM akan hadir bagi merasmikan majlis penuaian pertama hasil projek tebar benih ikan ini. Semoga hasil tuaian tersebut menjadi permulaan kepada usaha membangunkan ekonomi pesantren yang lebih berdikari dan memberi manfaat berpanjangan kepada para pelajar.
Jazakumullahu khairan buat para penginfak budiman. Semoga Allah memberkati sumbangan ini.
===========
Anda Juga Boleh Bantu Gerak Kerja Kami Dengan Salurkan ke:
Maybank:
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175
Atau infak online:
www.pikdm.org.my/donations/tabung-pengurusan-pikdm
KLIK LINK JOM INFAK:
https://www.pikdm.org.my/jom-infak/




Galeri ini memuatkan sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan koleksi gambar, sila layari hantaran penuh di Facebook PIKDM.
Sumber: Facebook PIKDM



