QURBAN BERSAMA PIKDM 1447H / 2026

Tempoh Penyertaan Telah Tamat

HARI
JAM
MINIT
SAAT

Laporan Program Ramadan PIKDM 1447H – Misi Nepal

LAPORAN PROGRAM RAMADAN PIKDM 1447H | MISI NEPAL

Alhamdulillah, buat julung kalinya Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) telah melaksanakan Program Ramadan di Nepal melalui kolaborasi bersama Pertubuhan Ihsanku Malaysia.

Program ini telah dijalankan di dua lokasi utama:

  • Jamia Ziaul Ulum, Nurpur
  • Jame Masjid Sitaganj

Melibatkan komuniti Muslim setempat yang merupakan golongan minoriti dan berhadapan dengan keterbatasan akses kepada keperluan asas serta sumber pendidikan agama.

Bantuan Disalurkan:

  • Agihan beras sebagai keperluan asas harian
  • Agihan Al-Quran bagi menyokong pendidikan dan penghayatan agama

Impak Program

Seramai 243 penerima manfaat telah menerima bantuan hasil daripada inisiatif ini, melibatkan komuniti setempat yang memerlukan.

Program ini membantu:
Meringankan beban harian penerima sepanjang Ramadan
Memberi akses kepada bahan bacaan Al-Quran
Menguatkan sokongan dakwah di kawasan minoriti Muslim

Jumlah Sumbangan

Jumlah keseluruhan dana yang telah diagihkan adalah sebanyak:
RM4,000
(meliputi bantuan beras dan Al-Quran)

Signifikan Misi

Program ini membawa makna yang besar buat PIKDM:
Merupakan program pertama PIKDM di Nepal
Membuka ruang dakwah dan kebajikan di kawasan minoriti Muslim
Menjadi langkah awal kepada usaha bantuan jangka panjang di rantau tersebut

Penghargaan

PIKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pertubuhan Ihsanku Malaysia atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Program ini telah disempurnakan pada 10 akhir Ramadan 1447H.
Laporan ini diterima sedikit lewat atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, program ini amat bermakna buat PIKDM terutama dalam keadaan dana Ramadan yang tidak mencapai sasaran sepenuhnya.

Namun, dengan izin Allah, program ini menjadi penutup tirai agihan bantuan Ramadan PIKDM 1447H, melengkapkan usaha kita dalam berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

Bukan semua yang kita rancang tercapai…
Tapi Allah tetap izinkan sesuatu sampai.
Dan mungkin, itulah yang lebih bermakna.

Jazakumullahu khayran buat para penginfak budiman.

Media Sosial PIKDM

Jom Infak

Projek Angkat

Jadilah yang terawal dalam membantu mereka yang memerlukan.

Infak Bulanan

Hulurkan bantuan
anda bagi
mereka yang
memerlukan.

Sumbangan
One-Off

Sumbangan anda sangat penting dan bermakna buat penerima manfaat.

Zakat Online

Sumbangan zakat anda akan terus disampaikan kepada asnaf yang memerlukan.

Favicon PIKDM

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
(PPM-030-10-18122019)

Hubungi

Saluran Perbankan

Maybank

Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia
5627-4015-5175

Jumlah Pelawat : 106991
© 2026 – Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PPM-030-10-18122019)

Floating Image