LAPORAN AGIHAN TAJAAN IFTAR RAMADAN PIKDM 2026/1447H
SAR Al-Fareed, Beluran Sabah
================
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, PIKDM telah berjaya melaksanakan tajaan Iftar Jamaie buat anak-anak SAR Al-Fareed, Beluran Sabah hasil sumbangan para penyumbang budiman.
Program ini telah berlangsung pada tarikh berikut:
- 27 Februari 2026
- 6 Mac 2026
- 13 Mac 2026
Lokasi: Surau PIKDM, SAR Al-Fareed Beluran Sabah
Sepanjang pelaksanaan, anak-anak madrasah telah menerima juadah berbuka puasa dalam suasana berjemaah yang sederhana namun penuh keberkatan.
Bagi mereka, hidangan ini bukan sekadar makanan, tetapi satu nikmat yang sangat dihargai hasil daripada keprihatinan dan sumbangan daripada tuan/puan semua.
PIKDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jazakumullahu khairan kathira buat para penginfak budiman.
Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan asbab kebaikan di dunia dan akhirat.
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun.”
(HR Tirmizi)
Terima kasih kerana terus bersama PIKDM dalam usaha kebajikan dan dakwah ummah.
Yang menjalankan amanah,
Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM)
===========
Kami masih memerlukan sumbangan anda. Klik infak di bawah untuk menyumbang.
Klik Sini : https://www.pikdm.org.my/projek-ramadan-1447h/

































































