Skip to content
Buletin & aktiviti

Ibu Bapa Perlu Memperbanyak Doa untuk Anak Anak

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Tiga doa mustajab yang tidak ada keraguan padanya: Doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.
(HR al-Tirmidhi: Hasan)

  • Kezaliman dosa besar dan doa orang yang dizalimi tidak terhalang, walaupun mangsa merupakan seorang pendosa. Kefajirannya ditanggung sendiri, tetapi doanya tetap dimakbulkan
  • Orang musafir berada dalam keadaan yang lebih hampir kepada pergantungan kepada Allah. Justeru doanya termasuk antara yang mustajab kerana kesukaran dan keikhlasan dalam perjalanan
  • Doa ibu bapa memiliki kedudukan yang sangat tinggi kerana lahir daripada kasih sayang yang tulus, dan doanya mudah dimakbulkan untuk kebaikan anak

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image