Skip to content
Buletin & aktiviti

Dalam Keadaan Wudhu Apabila Mudah

Abu Musa al-Ash‘ari RA menceritakan bahawa Abu ‘Amir al-Ash‘ari RA pernah berpesan kepadanya agar meminta Rasulullah SAW berdoa supaya Allah mengampuninya.

Apabila Abu Musa bertemu dengan Rasulullah SAW dan menyampaikan pesanan tersebut, Baginda meminta air, kemudian berwuduk, lalu mengangkat kedua tangannya dan bersabda:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِر

Ya Allah, ampunilah ‘Ubaid Abu ‘Amir.
(HR Sahih al-Bukhari)

  • Disunnahkan berwudhu’ sebelum berdoa khususnya ketika sangat berhajat
  • Namun begitu, Rasulullah SAW juga pernah berdoa tanpa mengambil wudhu’ terlebih dahulu
  • Berwuduk sebelum berdoa bukanlah kewajipan, namun ia merupakan adab yang dianjurkan kerana ia dapat menambah kekhusyukan dan penghormatan kepada Allah. Rasulullah SAW juga lebih gemar menyebut nama Allah SWT ketika dalam keadaan suci

Marilah bersama mengejar dan menyebarkan kebaikan Ramadan!

Kongsi post ini

Ada pertanyaan?

Hubungi Team PIKDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Floating Image