Ziarah awal tahun 2026 PIKDM ke MAIPs sebagai langkah membina hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama bagi projek kebajikan, pendidikan dan bantuan kemanusiaan.
PIKDM turut menghantar kertas cadangan Program Ramadan serta mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Tn. Khairil Anwar bin Othman (Ketua Unit Kutipan Zakat) berkaitan zakat. Penjelasan lanjut turut diberikan oleh Tn. Khairil semasa sesi pertemuan bersemuka.
PIKDM merupakan rakan Ta‘awun MAIPs yang berdaftar di bawah Kod NGO 00436 sejak November 2025 sekaligus melayakkan PIKDM sebagai 8 asnaf kategori Fisabilillah, dan pembayar zakat yang diperkenalkan melalui PIKDM layak mendapat pelepasan cukai.
CEO MAIPs, Ustaz Tuan Haji Mohd Nazim, pada pagi tersebut tidak dapat meluangkan masa untuk bersama kami, namun kami berpeluang bertegur sapa dengan beliau semasa Program PISC di Dewan Wawasan 2020.
Tim PIKDM yang tiba pada pagi Jumaat bersama Ustaz Muhammad Izzat Che Husin (Penasihat Agama PIKDM) yang menetap di Perlis telah banyak mempermudahkan urusan rasmi PIKDM ke MAIPs.
Tim PIKDM yang hadir (Jumaat, 30 Januari 2026):
- Pn. Lynnda Abbas – Pengerusi PIKDM
- Pn. Shaliza Isa – Bendahari
- Cik Alyssa Diyana – Pengurus Operasi / Setiausaha
- Ustaz Muhammad Izzat Che Husin – Penasihat Agama PIKDM
- Pn. Noorhayati Kassim – Sahabat Infak PIKDM
Barakallahufeekum.









